Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

29 April 2015

MINGGU KOKURIKULUM SMKA DATO' HAJI ABBAS 2015

Minggu Kokurikulum SMKA Dato' Haji Abbas tahun 2015 telah berlangsung dengan jayanya dari  11 April 2015 hingga 15 April 2015.
Minggu Kokurikulum telah bermula pada hari Sabtu 11 April dengan Gerai Pameran oleh Bahasa Arab, Kelab Geografi, Kelab Sejarah, Kelab Robotik,  CIDB dan lain-lain sempena Majlis Penamaan Sekolah.
Perasmian Minggu Kokurikulum telah berlangsung pada hari Ahad di Dataran Fikrah oleh Tuan Pengetua, YM Engku Mariah bt Syed Ahmad Al Idrus.
Majlis Penutup Minggu Kokurikulum telah berlangsung pada hari Rabu 15 April di Dewan Abbas.disempurnakan oleh Wakil PPD iaitu Encik Jaafar bin Ismail.
Pengetua menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan yang dijalankan sepanjang minggu kokurikulum.
Minggu Kokurikulum telah dimeriahkan dengan pelbagai acara seperti pameran dan jualan oleh pelajar, pertunjukan, pertandingan catur, pertandingan bahasa Arab ( Hiwar dll), bertandingan pidato BM
dan sebagainya.
Minggu Kokurikulum diteruskan pula dengan Perkhemahan Perdana pelajar tingkatan 5 di Sekayu.

LAWATAN PENGAWAS PUSAT SUMBER KE PERPUSTAKAAN UNISZA DAN PUSAT ISLAM UNISZA

Assalamualaikum wbt.
Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan dan Pusat Islam UniSZA pada 27 April 2015.  Lawatan ini disertai oleh 47 orang pengawas Pusat Sumber dan seramai 3 orang guru pengiring iaitu Cikgu Siti Hamedah bt Md Sukor, Cikgu Azhan Hadi bin Muhamad dan cik Wan Rosilawati bt Wan Hashim.
Lawatan ini  bertujuan untuk memperkenalkan  perpustakaan universiti serta kemudahan-kemudahan yang terdapat di sana. Selain itu pengawas PSS juga didedahkan tentang kerjaya seorang pustakawan. Lawatan ini berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga 2.00 petang.
Walaupun hujan lebat pada hari berkenaan, lawatan ini dapat berjalan lancar.  Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada perkhidmatan bas UniSZA yang membantu menghantar pengawas PSS ke Pusat Islam UniSZA pada masa tersebut.
Terima kasih kepada semua yang terlibat di pihak Perpustakaan UniSZA dan Pusat Islam yang sudi menerim kunjungan kami.













25 April 2015

MARI MEMBACA BERSAMA SMKA DATO' HAJI ABBAS

Program Mari Membaca Bersama yang dijalankan sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia telah dianjurkan oleh Perpustakaan Awam dengan kerjasama Jabatan Pendidikan .  Sehubungan dengan itu semua sekolah telah diminta memberi kerjasama menjalankan Program Mari Membaca Bersama atau Let's Read Together pada hari Khamis, 23 April 2015.
SMKADHA telah menjalankan program khas ini di Dataran Perhimpunan.
Penolong Kanan Pentadbiran telah mengendalikan Let's Read Together ini selama 10 minit dengan jayanya. Semoga Program ini akan terus dilaksanakan lagi pada masa hadapan bagi menggalakkan semua warga sekolah agar rajin membaca.
Semoga pembacaan buku kita tidak terhenti di sini sahaja dan hanya berlangsung selama 10 minit setahun dalam hidup kita tetapi menjadi amalan dan budaya sepanjang hayat.
Turut hadir ialah pengetua SMKA Dato' Haji Abbas yang bersama-semua guru dan pelajar membaca buku selama 10 minit buat kali terakhir sebelum persaraan beliau iaitu YM Engku Mariah bt Syed Ahmad Al Idrus. Terima kasih semua. Selamat Membaca.










11 March 2014

MAKLUMAN NAMA BARU

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring telah mendapat nama baru sempena nama pengasas sekolah ini iaitu Tok Guru Haji Abbas.
Nama baru SMKA Tok Jiring  ialah SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA DATO' HAJI ABBAS berkuatkuasa 11 Februari 2014.
Semua urusan dan surat menyurat kini menggunakan  nama baru iaitu SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA DATO' HAJI ABBAS, KAMPUNG TOK JIRING, 21060 KUALA TERENGGANU.


10 March 2014

LAWATAN PENASIHAT SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN DAN ROMBONGAN

        Penasihat Sekolah Kluster Kecemerlangan iaitu Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad dan rombongan telah mengadakan lawatan rasmi ke SMKA Dato' Haji Abbas pada 11 Mac 2014. Ketibaan beliau telah disambut oleh barisan Pengurusan Sekolah, para guru dan para pelajar pada pukul 9.30 pagi. 
        Setibanya ke SMKA Dato' Haji Abbas Tan Sri dan rombongan telah dibawa ke Dewan Abbas untuk menyaksikan persembahan pelajar iaitu nasyid, dikir Arab dan bacaan Al-Quran. Selepas menyaksikan persembahan pelajar berkenaan, beliau dibawa ke Bilik Kebitaraan Sekolah iaitu Bilik Bahasa Arab seterusnya Tan Sri dibawa ke Pusat Sumber Sekolah. Rombongan lawatan rasmi tersebut dibawa ke Bilik Kebitaraan Sukan Sekolah iaitu Bilik Catur sebelum dibawa ke Bilik Syura untuk sesi taklimat dan soal jawab. Rombongan meninggalkan sekolah lebih kurang jam 1.00 tengahari.
        Terima Kasih kepada Tan Sri dan rombongan menjenguk warga sekolah di sini. Semoga lawatan ini dapat memberi motivasi kepada semua guru dan pelajar untuk menjadi lebih cemerlang dan mencapai hasrat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi.







24 January 2014

Maulid Rasulullah S.A.W 1435H


 
     Asalamualaikum W.B.T. Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana masih diberi peluang untuk menyambut Hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW yang tercinta dan lagi dikasihi. Kelahiran baginda amat dinanti-nantikan umat Islam bagi meraikan Maulidur Rasul yang setiap tahun diadakan. Rasa rindu terhadap baginda sedikit terubat dengan selawat dan salam beramai-beramai oleh seluruh umat Islam.





 
   Pada 15 Januari 2014, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul yang bertemakan 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah'. Tentatif ini bermula dengan tahlil dan solat hajat yang disertai oleh semua warga SMKA Tok Jiring pada pukul 7.30 pagi hingga pukul 8.30 pagi di Musolla An-Naim. Seterusnya, perarakan Maulidur Rasul dijalankan pula di kawasan Kg. Tok Jiring dengan pimpinan selawat oleh pelajar lelaki SMKATJ. Pelajar-pelajar  SMKATJ dijamu hidangan oleh pihak sekolah setelah selesai perarakan.

   Semua warga SMKATj telah mengikuti  ceramah khas Maulidur Rasul di Dewan Abbas yang disampaikan oleh Professor Dr. Fadzil dari Fakulti Kontemporari Islam, Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin. Acara penyampaian hadiah diteruskan lagi oleh YM Hajah Engku Mariah Binti Syed Ahmad Al-Idrus, Tuan Pengetua SMKATJ kepada pemenang acara 'pembarisan terbaik' dan para penghafaz Al-Quran. Majlis diserikan lagi dengan persembahan zanji oleh para pelajar lelaki.

   Alhamdulilah majlis berjalan dengan lancar dan semoga Maulidur Rasul sentiasa kekal dalam hati dan ingatan bukannya kekal dalam atas kertas semata-mata pada setiap tahun. Asalamualaikum w.b.t.


25 June 2012

Persaraan Cikgu Harun

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada 1 Jun 2012 yang lalu, Encik Harun bin Hasan atau lebih dikenali sebagai Cikgu Harun telah pun bersara daripada kerjayanya sebagai pendidik. Berikutan perkara tersebut, pihak pengurusan SMKA Tok Jiring telah mengadakan majlis persaraan beliau pada 24 Mei 2012 yang lepas. 



Berikut ialah gambar - gambar yang sempat diambil semasa majlis sedang berlangsung.





Selama beliau bertugas di sekolah ini, sudah banyak jasa-jasa yang beliau taburkan untuk anak didik beliau. Beliau merupakan guru bagi subjek matematik yang kebiasaannya menjadi subjek kritikal bagi kebanyakan pelajar.  Namun begitu, dengan berkat usaha beliau dalam mendidik, para pelajar dapat memahami formula-formula yang diajarkan kepada mereka. Terima kasih cikgu. 
Sudah tentunya para pelajar yang menjadi anak muridnya yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar PMR merasakan sedikit kehilangan apabila beliau tidak lagi mengajar mereka. Walaubagaimanapun, sudah tentunya mereka akan terus berusaha sedaya upaya supaya pada suatu hari nanti cikgu Harun sendiri boleh melihat kejayaan anak-anak didiknya. Insya-Allah.


Terima kasih cikgu Harun. Jasamu....akan kami kenang.

04 May 2012

Minggu Kokurikulum 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 22 April 2012, pihak pengurusan dan pentadbiran SMKA Tok Jiring telah mengadakan minggu kokurikulum yang bermula pada 22 April sehingga 26 April 2012. Minggu kokurikulum ini merupakan acara tahunan yang diadakan pada setiap tahun bagi merealisasikan dan memartabatkan kokurikulum di sekolah. Semua warga SMKA Tok Jiring telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung termasuklah para pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah.

    Minggu kokurikulum bermula pada hari Isnin bersamaan 22 April 2012 dengan acara kawad kaki lelaki dan perempuan. Di samping itu, semasa acara kawad kaki tersebut turut diadakan pertandingan drama bahasa melayu antara rumah-rumah sukan.

Kawad Kaki lelaki dan Perempuan

       Pada tahun ini, pertandingan kawad kaki hanya melibatkan kawad dinamik dan tida formasi digunakan dalam acara tersebut.



BOMBA







KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)






PERSATUAN BULAT SABIT MERAH (PBSM)






PERSATUAN KADET REMAJA BERSATU (PKBM)






PENGAKAP





KADET POLIS

\






     Antara pemenang pertandingan kawad kaki termasuklah

  KATEGORI SMR (PEREMPUAN)
   (1) PERSATUAN BULAN SABIT MERAH (PBSM)
   (2) KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
   (3)  PENGAKAP PUTERI

KATERGORI SMA PEREMPUAN
    (1) PUTERI ISLAM
    (2) PENGAKAP PUTERI
    (3) PERSATUAN BULAN SABIT MERAH

KATEGORI LELAKI
    (1) PENGAKAP
    (2) KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)
    (3) PERSATUAN KADET BERSATU MALAYSIA (PKBM)

Gerai Jualan

      Selain itu, sepanjang minggu kokurikulum turut diadakan gerai jualan yang telah diertai persatua-persatuan dan kelab-kelab. Pelbagai barangan yang terdapat di gerai-gerai jualan.


GERAI PUSAT SUMBER SEKOLAH











Pertandingan anjuran kelab dan persatuan ; Drama, Food test, etc

Pertandingan-pertandingan ini berlangsung pada hari Isnin

FOOD TEST anjuran Kelab BIOLOGY




Perasmian



      
      Pada 25 April 2012, majlis perasmian minggu kokurikulum telah dirasmikan oleh Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu. Majlis ini berlangsung dari pukul 11 pagi hingga ke 1 tengah hari. Sebelum agenda majlis tiba, iaitu keputusan bagi pertandingan-pertandingan yang telah dianjurkan majlis diserikan dengan persembahan pasukan nasyid sekolah dan pasukan 'choral speaking' oleh para pelajar.


    


Majlis Perasmian Minggu Kokurikulum

Kemuncak minggu kokurikulum ; Perkhemahan Perdana untuk para pelajar tingkatan 5


Bermula pada 25.04.2012 hingga 27.04.2012, bertempat di tapak perkhemahan SMK Bukit Guntong.

Hari Pertama :

  • Mendirikan khemah
  • Taklimat daripada guru pengiring dan penasihat
  • Perbincangan pemilihan penghulu dan penghuluwati
  • Perbincangan bagi persediaan malam kebudayaan
Hari Kedua :
  • Qiamullail
  • Jungle Trekking
  • Explorace
  • Sambungan perbincangan malam kebudayaan
  • Persembahan malam kebudayaan
Hari Ketiga :
  • Masakan rimba ; roti lilit
  • Majlis penutup, penyampaian hadiah
  • Meruntuhkan khemah
  • Kembali ke sekolah









Aktiviti perkhemahan perdana begitu mencabar serta mengajar pelajar-pelajar yang terlibat erti kental dan semangat yang tinggi terutamanya dalam aktiviti jungle trekking.
Begitu juga dengan aktiviti lain seperti kawad kaki yang melatih diri untuk menjadi lebih bersemangat dan berkeyakinan tinggi walaupun kulit terpaksa terbakar dek sinaran cahaya matahari.

Maka, dengan ini, berakhirlah minggu kokurikulum SMKA Tok Jiring bagi sesi 2012. Semoga semua pelajar mendapat manfaat dan faedah daripada program-program yang telah dianjurkan.


P/s : Gambar-gambar minggu kokurikulum akan ditambah lagi dengan  memuat naik gambar-gambar tersebut dalam post ini, insya-Allah

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates