Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Pengenalan


  PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
2013
Pendahuluan
     Pusat Sumber Sekolah merupakan sebuah institusi yang bermatlamat untuk mempertingkatkan mutu pendidikan, membentuk, dan melahirkan murid yang berilmu. dinamis, kreatif, berdikari,  berdisiplin dan berakhlak mulia untuk membantu pembinaan sahsiah murid agar menjadi insan yang harmonis  sejajar dengan matlamat pendidikan KBSM.  Pusat Sumber Sekolah merupakan satu sistem perkhidmatan  yang membolehkan semua pihak di sekolah mencapai matlamat kurikulumnya atau satu punca pergerakan aktiviti ke arah melaksanakan kaedah  pengajaran dan pemelajaran  yang lebih berkesan melalui kemudahan yang disediakan. Semoga hasrat sekolah untuk menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi akan tercapai.

VISI PUSAT SUMBER

Pusat Sumber SMKA Tok Jiring menjadi Pusat Sumber yang  Membantu  Kecemerlangan P & P  ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi menjelang 2015.

MISI
Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan bagi mewujudkan pendidikan berkualiti untuk melahirkan modal insan yang berilmu. Beriman dan berdaya saing bagi memnuhi aspirasi Negara dan ummah.

Objektif Pusat Sumber

1.       Meningkatkan mutu Pengajaran dan pemelajaran dengan kemudahan dan perkhidmatan pelbagai sumber pendidikan.
2.       Mengoptimumkan penggunaan sumber dalam pengajaran dan pemelajaran.
3.       Menggalakkan pemelajaran yang aktif, bermakna dan menyeronokkan berasaskan sumber serta berpusatkan pelajar.
4.       Menggalakkan pembacaan (tabiat membaca) yang berterusan selaras dengan konsep pendidikan sepanjang hayat dan pemupukan budaya ilmu.(meneroka ilmu secara kendiri).
5.       Membantu murid dan guru menghasilkan, menilai, dan menggunakan bahan bantu mengajar.
6.       Menggalakkan pelajar, guru-guru serta kakitangan sekolah menggunakan pelbagai kemudahan pemelajaran supaya mereka mempunyai tahap keilmuan yang tinggi hasil daripada pembacaan yang luas.
7.       Membantu kecemerlangan sekolah melalui kemudahan yang disediakan.


  • Ketua Unit Multimedia -Afiqah Hisham
  • Editor - Afiqah Hisham, Fathin Nadhirah, Afina Hisham , Aliya Faezah
  • Aktiviti - Aliya Faezah
  • Info/Berita - Fathin
  • Resensi Buku - Afiqah, Afina
  • Tazkirah -Afiqah
  • Bank Soalan - Aliya Faezah
  • Karya -Afiqah, Afina, Fathin , Aliya
* Pertukaran mungkin dibuat semula

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates