Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

31 December 2011

Insan Baru Dalam Dunia Baru.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

"Allah sentiasa ada rancangan yang lebih baik buat kita,
Mungkin permulaannya agak sukar,
Tetapi, pengakhirannya selalu tidak dapat kita jangkakan.

Seandainya sekarang anda menghadapi kesukaran,
Yakin dan berdoalah untuk hari yang lebih baik pada hari esok.

Keajaiban hanya berlaku seandainya
anda mencari petunjuk daripada Allah."  - dipetik dari InspirationalQuotesSMS

Sepanjang tahun 2011 M (1432 H) ini, banyak perkara yang kita semua lalui. Banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita sama ada dari segi pelajaran, perkerjaan dan lain-lain. Begitu juga dengan dugaan dan ujian yang telah Allah berikan kepada kita. Oleh itu, sentiasalah kita mengingati Allah tidak kira sewaktu dalam kenikmatan mahupun dalam dugaan. Insan yang menghadapi dugaan, tidak perlulah berasa  kecewa dan berputus asa kerana semua perkara yang berlaku ada hikmahnya. Tambahan pula, dalam kesukaran menjalani ujian dan dugaan dapat membawa anda kepada mengingati Allah. Ketika kita berada dalam nikmat Allah, belum tentu kita dapat mengingati Allah, mungkin kita berada dalam kelalaian, nauzubillah.

Bersabarlah juga wahai umat islam kerana apa yang ada dihadapan kita menjadi semakin sukar. Masa depan kita penuh dengan cabaran dan dugaan. Tahun hadapan, kita tidak tahu apa yang bakal terjadi, ujian dan dugaan mungkin semakin banyak menimpa. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah supaya tidak tergugat keimanan kita, amin, dan berusahalah kita ke arah muslim sejati.
InsyaAllah
Semoga kita pada tahun hadapan ialah hamba-hamba Allah yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.  Jadilah orang yang baru dengan azam yang baru.

Selamat tahun baru 2012 M & 1433 H kami ucapkan kepada anda yang sudi membaca. Terima kasih kerana datang melawat blog kami




 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates