Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Pada 1 Jun 2012 yang lalu, Encik Harun bin Hasan atau lebih dikenali sebagai Cikgu Harun telah pun bersara daripada kerjayanya sebagai pendidik. Berikutan perkara tersebut, pihak pengurusan SMKA Tok Jiring telah mengadakan majlis persaraan beliau pada 24 Mei 2012 yang lepas.
Berikut ialah gambar - gambar yang sempat diambil semasa majlis sedang berlangsung.
Selama beliau bertugas di sekolah ini, sudah banyak jasa-jasa yang beliau taburkan untuk anak didik beliau. Beliau merupakan guru bagi subjek matematik yang kebiasaannya menjadi subjek kritikal bagi kebanyakan pelajar. Namun begitu, dengan berkat usaha beliau dalam mendidik, para pelajar dapat memahami formula-formula...