Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

22 June 2013

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SMKATJ 2013

                        Pada 23 Januari 2013, warga SMKA Tok Jiring telah menyambut Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434 Maal Hijrah sempena Maulidur Rasullullah S.A.W. Majlis ini dimulai dengan solat hajat dan tahlil serta bacaan Yasin secara berjemaah bertempat di Surau An-Naim pada pukul 7.30 hingga 8.30 pagi. Setelah itu, semua pelajar diminta untuk berkumpul di hadapan pintu pagar utama sekolah bagi meneruskan agenda majlis iaitu perarakan Maulidur Rasul dari SMKA Tok Jiring hingga ke Masjid Wakaf Tembesu. Perarakan ini diserikan lagi dengan selawat dan zikir yang diketuai oleh pelajar-pelajar SMKA Tok Jiring. Perarakan ini juga memakan masa kira-kira 30 minit dan selamat sampai...

Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar SMKATJ 2013

SMKATJ 24 FEBRUARI - Majlis watikah pelantikan pelajar bagi sesi 2013 telah diadakan di Dewan Abbas Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring. Para pemimpin pelajar sedang mendengar ucapan. Sesi penyampaian sijil kepada para pemimpin. Pengawas Pusat Sumber Tingkatan 5. Pengawas Pusat Sumber Tingkatan 4. Pengawas Pusat Sumber Tingkatan 3. Pengawas Pusat sumber Tingkatan 1 dan 2. ...

06 April 2013

Perlancaran NILAM 2013

Assalamualaikum. pada tanggal 06/03/2013 Pusat sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring telah mengadakan perlancaran program nilam bagi tahun 2013. Program ini telah dilancarkan oleh penolong ketua ko-kurikulum sekolah pn Katijah bt Mohammed.. Program ini diadakan supaya pelajar-pelajar akan lebih minat untuk membaca supaya mendapat ilmu yang banyak bagi melahirkan insan yang cemerlang. Nilam bermaksud NADI ILMU AMALAN MEMBACA. Hal ini demikian dapat meningkatkan pelajar yang pelahap akan ilmu dengan membaca . Sehubungan dengan itu pelajar-pelajar yang membaca paling banyak dan banyak markah dalam nilam akan diberi hadiah.   Pn Katijah sedang memberi ucapan perasmian sempena program nilam 2013.  Pelajar-...

Buku Terbaru 2013

Assalamualaikum, Pada tahun 2013, terdapat banyak buku baharu yang telah diletakkan di pusat sumber sekolah. Pihak sekolah telah memberi peruntukkan kepada pusat sumber untuk membeli buku baharu supaya pelajar di sekolah dapat meminjam buku sebagai rujukan atau sebagai bahan bacaan, Antara buku terbaru adalah  Antara buku rujukan terbaru bagi semua pelajar .  Buku tokoh negara juga terdapat di perpustakaan . Bagi pelajar yang minat membaca sudah pasti ini buku pilihan di hati . buku sejarah tokoh islam juga terdapat di pusat sumber sekolah. Buku- buku islamik juga ad yang terbaru. Oleh...

27 March 2013

Pemilihan Nilam Peringkat Negeri Terengganu 2013

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Pada 17 Mac hingga 20 Mac 2013 yang lalu salah seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring iaitu saudari Fathin Nadhirah bt Mohamed Shukri telah mewakili sekolah dalam Pemilihan Tokoh Nilam peringkat Negeri Terengganu.                                                      selesai bagi penilaian rumusan teks  di perpustakaan BTPN, Marang selepas Program Jejak Maklumat  bersama peserta dari sekolah lain pada waktu santai Majlis penutup bagi Pemilihan Tokoh Nilam peringkat Negeri Terengganu telah diadakan di Hotel Prinz Park,...

27 February 2013

Pemilihan Tokoh Nilam 2013

Assalamulaikum , Baru-baru ini sekolah telah menghantar 2 wakil sekolah bagi pemilihan tokoh nilam bagi tahun 2013. Pemilihan tersebut diadakan di PKG TOK JIRING.   dari kiri : Fathin dan Afiqah yang merupakah wakil sekolah bagi tokoh nilam sesi tahun 2013  Fathin merupakan wakil bagi kategori Bahasa Melayu manakala Afiqah merupakan wakil bagi kategori Bahasa Inggeris . Mereka terpilih berdasarkan kriteria-kriteria yang bagus dari segi keaktifan serta pembacaan nilam yang tertinggi. Setelah pemilihan dibuat saudari Fathin telah terpilih untuk pergi ke peringkat negeri bagi tokoh nilam dalam kategori Bahasa Melayu. Diharap supaya nostalgia pada tahun 2007 kembali apabila seorang pelajar dari sekolah ini telah pergi ke peringkat...

25 January 2013

              Pada 23 Januari 2013, semua pelajar dan guru SMKA Tok Jiring telah menyambut Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434 Maal Hijrah bagi peringkat sekolah. Majlis ini dimulai dengan solat hajat berjemaah, bacaan Surah Yasin dan tahlil di Surau An-Naim buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W bersempena hari keputeraan baginda.  Sejurus itu, para pelajar diminta berkumpul di hadapan pagar utama sekolah untuk memulakan perarakan dari SMKA Tok Jiring ke Masjid Wakaf Tembesu, Kuala Terengganu. Perarakan ini diiringi selawat buat junjungan oleh para pelajar SMKA Tok Jiring dan guru. Para pelajar telah selamat sampai ke destinasi serta dikawal rapi oleh guru-guru yang bertugas. Guru-guru yang mengawal...

Page 1 of 2912345Next
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates