Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

25 January 2013

              Pada 23 Januari 2013, semua pelajar dan guru SMKA Tok Jiring telah menyambut Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434 Maal Hijrah bagi peringkat sekolah. Majlis ini dimulai dengan solat hajat berjemaah, bacaan Surah Yasin dan tahlil di Surau An-Naim buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W bersempena hari keputeraan baginda.  Sejurus itu, para pelajar diminta berkumpul di hadapan pagar utama sekolah untuk memulakan perarakan dari SMKA Tok Jiring ke Masjid Wakaf Tembesu, Kuala Terengganu. Perarakan ini diiringi selawat buat junjungan oleh para pelajar SMKA Tok Jiring dan guru. Para pelajar telah selamat sampai ke destinasi serta dikawal rapi oleh guru-guru yang bertugas. Guru-guru yang mengawal...

24 January 2013

Kejohanan Merentas Desa SMKATJ Kali ke-17 (2013)

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera, Pada hari Selasa yang lepas bersamaan 22 Januari 2013 Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Tok Jiring  telah mengadakan kejohanan merentas desa buat kali ke-17. Bagi pelajar puteri tahun ini merupakan kejohanan merentas desa  kali ke-4 memandangkan aktiviti ini dibenarkan kepada pelajar bermula pada tahun 2010.Namun begitu,pelajar puteri tidak kurang hebatnya berbanding dengan pelajar putera. Pada hari tersebut seperti biasa para pelajar diminta berkumpul di Dataran Fikrah pada pukul 7.15 pagi untuk sesi perhimpunan. Para guru pula dikehendaki mengambil kehadiran pelajar pada waktu tersebut. Tidak lupa juga, kupon-kupon makanan juga telah diagihkan oleh para guru kepada para pelajar semasa berada di Dataran Fikrah. Pada...

Page 1 of 2912345Next
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates