Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

24 January 2014

Maulid Rasulullah S.A.W 1435H

       Asalamualaikum W.B.T. Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana masih diberi peluang untuk menyambut Hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW yang tercinta dan lagi dikasihi. Kelahiran baginda amat dinanti-nantikan umat Islam bagi meraikan Maulidur Rasul yang setiap tahun diadakan. Rasa rindu terhadap baginda sedikit terubat dengan selawat dan salam beramai-beramai oleh seluruh umat Islam.      Pada 15 Januari 2014, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul yang bertemakan 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah'. Tentatif ini bermula dengan tahlil dan solat hajat yang disertai oleh semua warga SMKA Tok Jiring pada pukul 7.30 pagi hingga pukul 8.30 pagi di Musolla...

05 January 2014

Selamat Tahun Baru 2014

Assalamualaikum . Warga Pusat Sumber Sekolah ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru bagi sesi 2014 . Semoga semua pelajar datang ke sekolah dengan azam yang baru dan penuh bersemangat untuk meneruskan pembelajaran bagi memenuhi cita-cita dan impian ibu bapa. Sehubungan dengan itu kami ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada pelajar PMR 2013 kerana berjaya meraih kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran . Seramai 72 orang telah mendapat semua A dalam semua mata pelajaran manakala kesemua pelajar telah lulus 100% dalam semua mata pelajaran. Tahniah kami ucapkan . Sesungguhnya, tahun 2013 telah banyak melakar sejarah kecemerlangan di SMKA Tok Jiring terutamanya apabila sekolah kita telah dianugerahkan gelaran Sekolah Kluster Kecemerlang...

Page 1 of 2912345Next
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates