Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

11 November 2015

SELAMAT DATANG PENGETUA BAHARU

               Semua warga SMKA Dato' Haji Abbas mengucapkan selamat datang kepada Pengetua baru SMKA Dato' Haji Abbas iaitu Tuan Haji Awi bin Salleh.  Beliau bertukar dari SMK Bukit Tunggal. Semoga SMKA  Dato' Haji Abbas akan terus maju dan terbilang di bawah kepimpinan beliau.  Kini SMKA Dato' Haji Abbas kini dipimpin oleh tiga orang ahli  ALUMNI sekolah  kerana Pengetua, Penolong Kanan Pentadbiran, dan Penolong Kanan HEM merupakan  bekas pelajar  SMKA Dato' Haji Abb...

10 November 2015

SELAMAT BERTUGAS DI TEMPAT BARU AYAHANDA

     Majlis Perpisahan yang diadakan untuk pengetua, ayahanda  Abdul Aziz bin Abdullah disulami rasa terharu dalam kalangan warga SMKA Dato' Haji Abbas ( SMKADHA).  Walaupun baru kurang lebih lima bulan setengah berada di SMKA Dato' Haji Abbas, ayahanda pengetua telah berjaya menyemai rasa sayang dalam kalangan  warga SMKADHA kepada beliau.      Kepimpinan, keprihatinan, mudah mesra, dan mudah menerima pandangan merupakan sifat dan sikap beliau yang menambat hati warga SMKADHA.  Sebentar ... tapi amat bermakna... Begitulah kehadiran beliau amat disenangi.  Kehilangan yang amat terasa....      Semoga Tuan Pengetua akan lebih berjaya di tempat baru.  Semoga ayahanda diberkati...

JAMUAN AKHIR TAHUN SMKADHA 2015

Jamuan Akhir Tahun Kelab Guru dan Kakitangan 2015 buat julung kalinya diadakan di Dewan Abbas SMKADHA pada 25 Oktober 2015. Majlis dimulakan pada jam 2.00 petang dan tamat pada pukul 4.00 petang.  Walaupun majlisnya sederhana tetapi meriah. Majlis ini diharapkan dapat mengeeratkan silaturrahim warga ADHA. ...

JAMUAN AKHIR TAHUN PENGAWAS PUSAT SUMBER 2015

Jamuan Akhir Tahun Pengawas Pusat Sumber 2015 telah berlangsung pada 16 Oktober 2015 di Hotel Quinara Safir, Tok Jembal.  Majlis rasmikan oleh ayahanda Tuan Pengetua, Tuan Haji Abdul Aziz bin Abdullah.  Turut hadir ialah Penolong Kanan Pentadbiran  iaitu Ustaz Mazelin bin Ali,  Guru  Penyelaras PSS iaitu Puan Siti Hamedah bt Md Sukor, Encik Ahmad Haniff  dan Cik Wan Rosilawati bt Wan Hashim. Dalam ucapan beliau, Tuan Pengetua mengingatkan para pelajar bahawa organisasi seperti  Pusat Sumber diwujudkan adalah untuk melatih para pelajar dalam aspek kepimpinan dan mencungkil bakat serta potensi diri para pelajar.  Beliau berharap agar pelajar tidak melepaskan peluang untuk melibatkan diri dalam takbir urus...

19 September 2015

Manfaatkan Masa Cuti

Semoga semua pelajar sentiasa memanfaatkan masa cuti ini dengan perkara-perkara yang berfaedah. Bagi para pelajar tingkatan 3 dan 5 berusahalah semaksimum mungkin tanpa melupakan kewajiban pada Allah swt. Kita hanya berusaha. Allahlah penentu kejayaan kita. Sesungguhnya tiada akan berlaku sesuatu itu tanpa izin Allah. Mohonlah padaNya. Laman untuk rujukan pelajar diharap dapat membantu. https://lamanbahasa.wordpress.com/ http://www.bumigemilang.com/koleksi-soalan-percubaan-pt3-2015-trial-paper...

17 September 2015

Pengetua SMKA Dato' Haji Abbas

 Inilah wajah Tuan Pengetua SMKA Dato Haji Abbas  Di bawah ini merupakan barisan kepimpinan SMKA Dato' Haji Abbas  Pengetua:  Abdul Aziz bin Abdullah Penolong Kanan Pentadbiran : Mazelin bin Ali Penolong Kanan HEM : Rosli bin Abdul Rahman Penolong Kanan Kokurikulum : Ramli bin Ijon ...

16 June 2015

AHLAN WASAHLAN RAMADAN

TAZKIRAH RAMADAN Abu Laits As- Samarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abbas r.a berkata bahawa: Bahawa ia telah mendengar Rasulullah  S.A.W  bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya syurga itu  diperhias setiap tahun apabila masuk bulan Ramadan , maka apabila tiba malam pertama Ramadan datang angin daripada bawah arasy yang bernama al- Mutsirah ,  menggoyangkan daun-daun syurga dan menggerakkan daun pintu  sehingga terdengar suara bidadari dari tingkap-tingkap bahagian atas syurga serta berseru : Siapakah yang meminang  kepada Allah untuk dikahwinkan dengan seorang daripada kami, , kemudian bidadari-bidadari itu bertanya, kepada...

30 April 2015

KURSUS PENGAWAS PUSAT SUMBER BERSAMA PERPUSTAKAAN UNISZA

Kursus atau Bengkel Membaiki Buku untuk pengawas Pusat Sumber telah berlangsung di Pusat Sumber Sekolah pada 28 April 2015. Kursus ini bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari.  Seramai 7 orang fasilitator dari Perpustakaan UniSZA telah menunjukkan cara membaiki buku kepada pengawas Pusat Sumber yang terdiri daripada ppelajar tingkatan 1,2 dan 4. Kursus ini dianggap berjaya kerana para pelajar berjaya membaiki buku dan berasa sungguh seronok dan gembira. Fasilitator dari UniSZA sangat berdedikasi dan mesra sehingga pengawas berasa tidak kekok untuk meminta bantuan. Terima kasih Perpustakaan UniSZA. Terima kasih semua. Semoga Pengawas Pusat Sumber telah mendapat ilmu dan pengalaman berharga. Semoga kursus ini dapat memudahkan...

29 April 2015

DOA BULAN REJAB

...

MINGGU KOKURIKULUM SMKA DATO' HAJI ABBAS 2015

Minggu Kokurikulum SMKA Dato' Haji Abbas tahun 2015 telah berlangsung dengan jayanya dari  11 April 2015 hingga 15 April 2015. Minggu Kokurikulum telah bermula pada hari Sabtu 11 April dengan Gerai Pameran oleh Bahasa Arab, Kelab Geografi, Kelab Sejarah, Kelab Robotik,  CIDB dan lain-lain sempena Majlis Penamaan Sekolah. Perasmian Minggu Kokurikulum telah berlangsung pada hari Ahad di Dataran Fikrah oleh Tuan Pengetua, YM Engku Mariah bt Syed Ahmad Al Idrus. Majlis Penutup Minggu Kokurikulum telah berlangsung pada hari Rabu 15 April di Dewan Abbas.disempurnakan oleh Wakil PPD iaitu Encik Jaafar bin Ismail. Pengetua menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan yang dijalankan sepanjang minggu kokurikulum. Minggu Kokurikulum...

Page 1 of 2912345Next
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates