Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

30 April 2015

KURSUS PENGAWAS PUSAT SUMBER BERSAMA PERPUSTAKAAN UNISZA

Kursus atau Bengkel Membaiki Buku untuk pengawas Pusat Sumber telah berlangsung di Pusat Sumber Sekolah pada 28 April 2015. Kursus ini bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tengahari.  Seramai 7 orang fasilitator dari Perpustakaan UniSZA telah menunjukkan cara membaiki buku kepada pengawas Pusat Sumber yang terdiri daripada ppelajar tingkatan 1,2 dan 4. Kursus ini dianggap berjaya kerana para pelajar berjaya membaiki buku dan berasa sungguh seronok dan gembira. Fasilitator dari UniSZA sangat berdedikasi dan mesra sehingga pengawas berasa tidak kekok untuk meminta bantuan. Terima kasih Perpustakaan UniSZA. Terima kasih semua. Semoga Pengawas Pusat Sumber telah mendapat ilmu dan pengalaman berharga. Semoga kursus ini dapat memudahkan...

29 April 2015

DOA BULAN REJAB

...

MINGGU KOKURIKULUM SMKA DATO' HAJI ABBAS 2015

Minggu Kokurikulum SMKA Dato' Haji Abbas tahun 2015 telah berlangsung dengan jayanya dari  11 April 2015 hingga 15 April 2015. Minggu Kokurikulum telah bermula pada hari Sabtu 11 April dengan Gerai Pameran oleh Bahasa Arab, Kelab Geografi, Kelab Sejarah, Kelab Robotik,  CIDB dan lain-lain sempena Majlis Penamaan Sekolah. Perasmian Minggu Kokurikulum telah berlangsung pada hari Ahad di Dataran Fikrah oleh Tuan Pengetua, YM Engku Mariah bt Syed Ahmad Al Idrus. Majlis Penutup Minggu Kokurikulum telah berlangsung pada hari Rabu 15 April di Dewan Abbas.disempurnakan oleh Wakil PPD iaitu Encik Jaafar bin Ismail. Pengetua menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan yang dijalankan sepanjang minggu kokurikulum. Minggu Kokurikulum...

LAWATAN PENGAWAS PUSAT SUMBER KE PERPUSTAKAAN UNISZA DAN PUSAT ISLAM UNISZA

Assalamualaikum wbt. Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan dan Pusat Islam UniSZA pada 27 April 2015.  Lawatan ini disertai oleh 47 orang pengawas Pusat Sumber dan seramai 3 orang guru pengiring iaitu Cikgu Siti Hamedah bt Md Sukor, Cikgu Azhan Hadi bin Muhamad dan cik Wan Rosilawati bt Wan Hashim. Lawatan ini  bertujuan untuk memperkenalkan  perpustakaan universiti serta kemudahan-kemudahan yang terdapat di sana. Selain itu pengawas PSS juga didedahkan tentang kerjaya seorang pustakawan. Lawatan ini berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga 2.00 petang. Walaupun hujan lebat pada hari berkenaan, lawatan ini dapat berjalan lancar.  Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada perkhidmatan bas UniSZA yang...

25 April 2015

MARI MEMBACA BERSAMA SMKA DATO' HAJI ABBAS

Program Mari Membaca Bersama yang dijalankan sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia telah dianjurkan oleh Perpustakaan Awam dengan kerjasama Jabatan Pendidikan .  Sehubungan dengan itu semua sekolah telah diminta memberi kerjasama menjalankan Program Mari Membaca Bersama atau Let's Read Together pada hari Khamis, 23 April 2015. SMKADHA telah menjalankan program khas ini di Dataran Perhimpunan. Penolong Kanan Pentadbiran telah mengendalikan Let's Read Together ini selama 10 minit dengan jayanya. Semoga Program ini akan terus dilaksanakan lagi pada masa hadapan bagi menggalakkan semua warga sekolah agar rajin membaca. Semoga pembacaan buku kita tidak terhenti di sini sahaja dan hanya berlangsung selama 10 minit setahun dalam hidup kita...

24 April 2015

PERKHEMAHAN PERDANA 2015

Alhamdulillah, Perkhemahan Perdana pelajar-pelajar tingkatan 5 SMKADHA tahun 2015  telah selamat diadakan dengan jayanya dari 16 April 2015 hingga 18 April 2015 di Taman Pertanian Sekayu.  Program perkhemahan para pelajar tingkatan 5 merupakan acara tahunan sekolah  yang bertujuan untuk memberi peluang para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan masuk ke Universiti mendapat pengalaman dan kemahiran kokurikulum yang cukup semasa di sekolah. Program perkhemahan dapat melatih pelajar untuk berdikari, bekerjasama, melatih sifat kepimpinan, disiplin dan sebagainya. Bagi para pelajar yang tidak pernah berkhemah, hal ini merupakan pengalaman baru bagi mereka. Semoga para pelajar SMKA Dato' Haji Abbas...

16 April 2015

MAJLIS PERASMIAN PENAMAAN SMKA TOK JIRING KEPADA SMKA DATO' HAJI ABBAS

11 April 2015 merupakan hari yang penuh makna buat warga SMKA Dato' Haji Abbas kerana Majlis Perasmian Penamaan SMKA kepada SMKA Dato' Haji Abbas dan Majlis Apresiasi 2014 telah berlangsung dengan jayanya. Perasmian tersebut telah dilakukan oleh Menteri Pendidikan II, Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh.           Majlis bermula pada pukul 2.00 petang. dan tamat pada pukul 3.30 petang.Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku, bacaan doa dan alunan ayat-ayat suci al Quran. Kemudian Pengetua sekolah, YM Engku Mariah bt Syed Ahmad  Al Idrus telah menyampaikan ucapan alu-aluan dan diikuti oleh ucapan Timbalan Pengarah Pendidikan Terengganu, Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin.          Seterusnya,...

Page 1 of 2912345Next
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates