Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

22 August 2011

SAJAK : MARI KITA MEMBACA

Mari kita membaca
Mari kita membaca
Kerana itu suruhan nabi kita
Kerana itu suruhan agama kita
Termaktub dalam Al Quran
Dalam Surah Al Alaq yang
Menyeru kita "Bacalah"

Mari kita membaca
Kerana dengan membaca bertambah ilmu
di dada
Menerangi hidup kita
Kerana ilmu itu cahaya
Kerana ilmu menjaga kita

Mari kita membaca
Biar kita menjadi orang berguna
Tahu yang betul dan tak bermakna
Agar tak tersasar dari jalan orang mulia

Mari kita membaca
Biar kita jadi bangsa berjaya
Tersohor seantero dunia
Agar kita tak diinjak dihina

Mari kita membaca
Bukan hanya untuk lulus periksa
Tapi amalan dan budaya
Biar menjadi bangsa berakhlak mulia
Lagi bijaksana
Berakal budi
Perkasa minda

Mari kita membaca
Untuk mengenal diri kita
Untuk mengenal hakikat Maha Pencipta
Biar kita jadi hamba Allah yang bertaqwa
Diredai Yang Maha Esa

Oleh
Az Zahra SM



SAJAK : BUAT ANAK-ANAK DIDIKKU

Wahai anak-anak didikku....
Carilah ilmu
kerana ilmu itu cahaya, penyuluh pada kala kegelapan
Penjaga diri menghadapi taufan kehidupan
Mengenalkan dirimu pada kehebatan Islam
Pada jahiliah yang tampak indah menyaluti zaman
Memampukan dirimu memilih kebenaran

Wahai anak-anak didikku....
Carilah peringatan
Kerana kita manusia yang penuh kelupaan dan kealpaan
Memagari kita dari kegelinciran
Menarik kita dari tersasar di jalanan

Wahai anak-anak didikku....
Sematkan pesanan ini di benak qalbumu
Tegakkan dan martabatkan Al Quran dan As Sunnah
Ke dalam dirimu
Wajahkannya dalam jati diri
Menjadi pegangan di sungai hidup yang kau telusuri
Kerana itulah pesan Rasulullah SAW...
Membenteng dari kesesatan

Wahai anak-anak didikku....
Carilah kekuatan pada kala malam sepi dinihari
Dalam himpunan sujud dan tangsinya zikir
Menterjemah syukur hamba
Biar luruh segala beban dosa
Di kaki sujud, dalam mihrab cinta ILLAHI

Wahai anak-anak didikku....
Jadilah benih yang baik
Tercampak ke laut menjadi pulau
Dahagikan dirimu mencari kebaikan
Biarpun tanpa ucapan terima kasih

 Wahai anak-anak didikku....
Walau ke puncak mana kakimu melangkah
Setinggi mana kemuliaan yang kau gapai
Kita hanya hamba ALLAH
Mulia atau hina kita di sisi-Nya
Penentunya adalah ketaqwaan

Wahai anak-anak didikku....
Marilah kita ceriakan diri dengan iman
Moga rahmat-Nya merantai kehidupan




 Ilham rasa kurnian Ilahi
 Puan Siti Hamedah Md Sukor                                        

09 August 2011

SOALAN SEJARAH Tingkatan 1 BAB 7-11

Assalamualaikum dan salam sejahtera




Soalan Sejarah Tingkatan 1 Bab 7-11

SOALAN SEJARAH Tingkatan 1 BAB 1-6

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Di sini, kami ingin berkongsi soalan-soalan Sejarah tingkatan 1 dari bab 1 hinggalah bab 6.
Sejuta penghargaan kepada pembuat pembuat soalan Sejarah ini.






 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates