Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

20 January 2012

Kami Mengeluh Kekecewaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kami, pelajar SMKA Tok Jiring, mengeluh kekecewaan tatkala diberitahu bahawa beberapa orang guru kami telah ditukarkan ke sekolah lain pada perhimpunan pertama persekolahan pada 3 Januari yang lalu. Sepanjang perkhidmatan mereka di sekolah kami, mereka telah banyak memberikan sumbangan terutamanya dalam memberi didikan kepada kami, para pelajar. Alhamdulillah. Ketika kami melanggar peraturan, mereka sering menegur dan menasihati kami. Bukan itu sahaja, gelak tawa juga sering kali didengari tatkala mereka mengajar di kelas kami. Pengalaman guru-guru tersebut yang telah mereka ceritakan kepada kami juga turut memberi kami motivasi dan pengajaran. Terima kasih, cikgu. 
Namun, bertukar sekolah merupakan kebiasaan buat mana-mana guru sekali pun. Lantaran itu, kami doakan kejayaan mereka semua di tempat yang baru.
Selamat berkhidmat. 

Akan kami hargai segala jasa guru-guru tersebut, insyaAllah.

13 January 2012

Analisis PMR 2011

Klik untuk besarkan dan untuk lihat dengan jelas

12 January 2012

Reminder: Kepada Pengawas Pusat Sumber.

Bismillah..

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera. Perhatian kepada Pengawas Pusat Sumber SMK(A) Tok Jiring,
sekiranya kalian mempunyai kelapangan, dijemput hadir ke Pusat Sumber Sekolah pada hari Sabtu,14 Januari 2012 untuk membuat penambahbaikan bagi menyambut pelawat dari Naratiwat,Thailand pada hari Rabu,18 Januari 2012.



AYUH SAMA-SAMA MEMARTABATKAN PUSAT SUMBER SMK(A) TOK JIRING. ^^

31 December 2011

Insan Baru Dalam Dunia Baru.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

"Allah sentiasa ada rancangan yang lebih baik buat kita,
Mungkin permulaannya agak sukar,
Tetapi, pengakhirannya selalu tidak dapat kita jangkakan.

Seandainya sekarang anda menghadapi kesukaran,
Yakin dan berdoalah untuk hari yang lebih baik pada hari esok.

Keajaiban hanya berlaku seandainya
anda mencari petunjuk daripada Allah."  - dipetik dari InspirationalQuotesSMS

Sepanjang tahun 2011 M (1432 H) ini, banyak perkara yang kita semua lalui. Banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita sama ada dari segi pelajaran, perkerjaan dan lain-lain. Begitu juga dengan dugaan dan ujian yang telah Allah berikan kepada kita. Oleh itu, sentiasalah kita mengingati Allah tidak kira sewaktu dalam kenikmatan mahupun dalam dugaan. Insan yang menghadapi dugaan, tidak perlulah berasa  kecewa dan berputus asa kerana semua perkara yang berlaku ada hikmahnya. Tambahan pula, dalam kesukaran menjalani ujian dan dugaan dapat membawa anda kepada mengingati Allah. Ketika kita berada dalam nikmat Allah, belum tentu kita dapat mengingati Allah, mungkin kita berada dalam kelalaian, nauzubillah.

Bersabarlah juga wahai umat islam kerana apa yang ada dihadapan kita menjadi semakin sukar. Masa depan kita penuh dengan cabaran dan dugaan. Tahun hadapan, kita tidak tahu apa yang bakal terjadi, ujian dan dugaan mungkin semakin banyak menimpa. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah supaya tidak tergugat keimanan kita, amin, dan berusahalah kita ke arah muslim sejati.
InsyaAllah
Semoga kita pada tahun hadapan ialah hamba-hamba Allah yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.  Jadilah orang yang baru dengan azam yang baru.

Selamat tahun baru 2012 M & 1433 H kami ucapkan kepada anda yang sudi membaca. Terima kasih kerana datang melawat blog kami




 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates