Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

18 July 2011

CERAMAH SEMPENA MINGGU PSS

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Sempena minggu PSS, pihak Pusat Sumber Sekolah telah mengadakan satu sesi ceramah. Penceramah yang dijemput pada kali ini merupakan Pensyarah Kanan Fakukti Pembangunan Sosial bagi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) iaitu Doktor Niziaita binti Omar. Ceramah itu tadi bermula pada pukul 2.30 petang di Dewan Abbas. Pelajar yang terlibat ialah pelajar dari tingkatan satu, dua dan empat. Doktor Nizaita juga telah mengadakan sesi soal jawab kepada para pelajar dan beliau akan memberi ganjaran kepada sesiapa yang dapat menjawabnya dengan betul. Ceramah berakhir pada pukul 3.30 petang.







Penerimaan Cenderahati daripada pihak pusat sumber
Sekian sahaja untuk kali ini, wassalam

17 July 2011

Minggu Pusat Sumber

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Tanggal 17 hari bulan tujuh tahun 2011, rasminya satu minggu yang penuh bermanfaat untuk para pelajar SMKA Tok Jiring sekalian iaitu, Minggu Pusat Sumber. Majlis persamian pada pagi tadi berjalan dengan begitu lancar walaupun ada sedikit kelemahan. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Majlis yang penuh bermakna ini dirasmikan oleh Pengetua SMKATJ, Puan Engku Mariah, diikuti pula dengan persembahan sajak dan resensi buku oleh Pengawas Pusat Sumber,  serta tayangan klip video sempena Minggu Pusat Sumber yang disediakan oleh Puan Rosidah. Sekali lagi ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Minggu ini juga menyediakan beberapa pertandingan untuk para pelajar iaitu:

  • Kuiz Pusat Sumber
  • Jejak Maklumat
  • Sudut bacaan
  • Mengira harga buku
  • Mengira tebal buku
  • Melukis poster
  • Mencipta Dialog
Diharapkan agar semua pelajar dapat mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut kecuali kepada pelajar tingkatan tiga dan lima. Semoga berjaya.

Sekian sahaja untuk hari ini,
Wassalam

10 July 2011

Sesi Penggambaran

10.07.2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 
Pada hari ini, sesi penggambaran bagi Majalah An-Nur bagi tahun 2011 telah berlangsung dengan jayanya. Sesi penggambaran pada hari ini melibatkan pihak pengurusan termasuklah pengurusan Pusat Sumber Sekolah. Semua pengawas PSS bersemangat untuk sesi penggambaran tersebut. 








08 July 2011

Math PMR TRIAL 2006 SBP

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Di sini, pihak PSSMKA Tok Jiring menyediakan soalan percubaan PMR tahun 2006 bertaraf SBP.
Soalan ini dikongsi dari laman sesawang www.scribd.com.
Diharap entri ini dapat membantu anda....

PAPER 1



PAPER 2


GOOD LUCK!

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates