Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

25 January 2013

              Pada 23 Januari 2013, semua pelajar dan guru SMKA Tok Jiring telah menyambut Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434 Maal Hijrah bagi peringkat sekolah. Majlis ini dimulai dengan solat hajat berjemaah, bacaan Surah Yasin dan tahlil di Surau An-Naim buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W bersempena hari keputeraan baginda.  Sejurus itu, para pelajar diminta berkumpul di hadapan pagar utama sekolah untuk memulakan perarakan dari SMKA Tok Jiring ke Masjid Wakaf Tembesu, Kuala Terengganu. Perarakan ini diiringi selawat buat junjungan oleh para pelajar SMKA Tok Jiring dan guru. Para pelajar telah selamat sampai ke destinasi serta dikawal rapi oleh guru-guru yang bertugas.


Guru-guru yang mengawal perarakan




              Setelah sampai ke destinasi, para pelajar dijamu makanan oleh guru-guru. Kemudian, para pelajar masuk ke dalam masjid bagi meneruskan majlis dengan acara-acara yang menarik. Aktiviti dimulakan dengan bacaan selawat dan qasidah oleh Kumpulan Zanji Sekolah. Majlis ini diteruskan lagi dengan ceramah oleh seorang pegawai Pejabat Agama Terengganu. Ceramah ini tentang riwayat hidup Rasulullah S.A.W dari kecil hinggan hujung nyawa.







             Di samping itu, pihak pengurusan sekolah telah menyampaikan hadiah buat pemenang-pemenang pertandingan yang dianjurkan. Antaranya termasuklah pertandingan kain rentang tercantik dan sebagainya. Selain itu, pemenang-pemenang hafazan Al-Quran telah menerima hadiah yang telah disampaikan oleh Puan Pengetua, YM Engku Mariah Binti Syed Ahmad Al-Idrus yang dianjurkan oleh pihak kerajaan negeri Terengganu

Majlis ini telah berjalan dengan lancar serta tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Majlis ini berakhir pada pukul 2 petang setelah solat zuhur berjemaah di Masjid Wakaf Tembesu.

24 January 2013

Kejohanan Merentas Desa SMKATJ Kali ke-17 (2013)


Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera,

Pada hari Selasa yang lepas bersamaan 22 Januari 2013
Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Tok Jiring 
telah mengadakan kejohanan merentas desa buat kali ke-17.
Bagi pelajar puteri tahun ini merupakan kejohanan merentas desa 
kali ke-4 memandangkan aktiviti ini dibenarkan kepada pelajar bermula
pada tahun 2010.Namun begitu,pelajar puteri tidak kurang hebatnya
berbanding dengan pelajar putera.

Pada hari tersebut seperti biasa para pelajar diminta berkumpul di Dataran Fikrah pada pukul 7.15 pagi untuk sesi perhimpunan. Para guru pula dikehendaki mengambil kehadiran pelajar pada waktu tersebut. Tidak lupa juga, kupon-kupon makanan juga telah diagihkan oleh para guru kepada para pelajar semasa berada di Dataran Fikrah.

Pada pukul 8.00 pagi aktiviti memanaskan badan dimulakan. Sehubungan itu, pelajar-pelajar putera dikehendaki ke padang sekolah sementara pelajar-pelajar puteri kekal di Dataran Fikrah.



















              Sekitar 8.15 pagi para pelajar putera dilepaskan terlebih dahulu diikuti pelajar-pelajar puteri sekitar pukul 8.30 pagi. Pertandingan ini dibahagikan kepada 3 kategori iaitu bagi pelajar putera dan puteri iaitu, L1/P1 untuk pelajar tingkatan 1, L2/P2 untuk pelajar tingakatan 2 dan 3 dan L3/P3 untuk pelajar tingkatan 4 dan 5. 





30 December 2012

Hari Pendaftaran Persekolahan Bagi Sesi 2013




Assalamualaikum w.b.t dan slam sejahtera. Pada hari Isnin, 31 Disember 2012 sesi pendaftaran bagi tahun 2013 telah dijalankan. Pada hari tersebut para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Tok Jiring dikehendaki hadir ke sekolha pada pukul 8.30 pagi dan pulang pada pukul 12.00 tengah hari. Memandangkan tahun 2013 merupakan tahun transformasi bagi SMKA Tok Jiring, pihak sekolah telah mengarahkan sesi pendaftaran bagi tahun 2013 dilakukan di kelas masing-masing. Di samping itu, satu aktiviti gotong-royong membersihkan dan menceriakan kelas telah dilakukan di kelas masing-masing. Hal ini bertujuan melancarkan proses pembelajaran bagi hari pertama persekolahan bermula.


Pada hari tersebut juga, semua pelajar tingkatan 4 pada tahun 2012 dikehendaki menghantar buku teks di bilik boss dan mengambil buku teks tingkatan 5. Alhamdulillah hari pendaftaran bagi sesei persekolhan 2013 berjalan dengan begitu lancar. Sehubungan dengan itu, pihak pusat sumber sekolah juga menggunakan peluang ini untuk menceriakan lagi perpustakaan sekolah dengan melakukan beberapa perkara yang sempat memandangkan kebanyakan pengawas pusat sumber masih belum selesai mendaftar.


Sekian sahaja untuk laporan pada kali ini. Semoga tahun 2013 menjadi tahun kegemilangan bagi SMKA Tok Jiring memandangkan terdapat beberapaa transformasi telah dilakukan di sekolah ini. Sekian, terima kasih.

27 December 2012

Gotong-royong Pusat Sumber Sekolah SMKATJ (Persediaan Tahun 2013)

      Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.Tahun 2012 kini kian melabuhkan tirai, tahun 2013 kian menghampiri. Memandangkan tahun 2013 merupakan tahun transformasi buat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiriing, Kuala Terengganu, Pengawas Pusat Sumber Sekolah bersama-sama guru penyelaras PSS telah mengambil inisiatif untuk mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan dan menceriakan lagi Pusat Sumber Sekolah pada 27 Disember 2012. 

      Aktiviti gotong-royomg tersebut bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengah hari. Pelbagai perubahan baru telah dilakukan bagi menarik perhatian para pelajar untuk berkunjung ke pusat sumber sekolah selalu, antaranya buku-buku telah disusun dengan penuh rapi,karpet juga telah ditukar dengan yang baru dan menghias papan kenyataan. Bagi melancarkan urusan bagi tahun 2013, carta organisasi baru bagi majlis tertinggi PSS juga telah diubah dengan yang baru.

        Di samping itu, jadual bertugas pada tahun 2013 serta senarai PSS juga telah disiapkan. Sehubungan dengan itu jadual dan senarai tersebut akan ditampal pada papan kenyataan Pusat Sumber Sekolah, jadi para pengawas bolehlah menyemaknya pada hari pendaftaran sekolah iaitu pada 31 Disember 2012. Sekiranya terdapat masalah dengan jadual tersebut pengawas bolehlah berjumpa dengan guru penyelaras PSS untuk menukar hari bertugas.

        Sekian sahaja untuk info Pusat Sumber Sekolah bagi penghujung tahun 2012. Perkembangan seterusnya akan dikemaskini pada masa akan datang. Semoga tahun depan Pusat Sumber Sekolah menjadi destinasi utama bagi para pelajar SMKATJ dan para pengawas juga akan lebih bertanggungjawab dan komited dalam menjalankan tugas. 

      


 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates