Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

22 June 2013

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SMKATJ 2013

                        Pada 23 Januari 2013, warga SMKA Tok Jiring telah menyambut Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434 Maal Hijrah sempena Maulidur Rasullullah S.A.W. Majlis ini dimulai dengan solat hajat dan tahlil serta bacaan Yasin secara berjemaah bertempat di Surau An-Naim pada pukul 7.30 hingga 8.30 pagi. Setelah itu, semua pelajar diminta untuk berkumpul di hadapan pintu pagar utama sekolah bagi meneruskan agenda majlis iaitu perarakan Maulidur Rasul dari SMKA Tok Jiring hingga ke Masjid Wakaf Tembesu. Perarakan ini diserikan lagi dengan selawat dan zikir yang diketuai oleh pelajar-pelajar SMKA Tok Jiring. Perarakan ini juga memakan masa kira-kira 30 minit dan selamat sampai ke destinasi.



Para pelajar bersemangat berarak

Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar SMKATJ 2013

SMKATJ 24 FEBRUARI - Majlis watikah pelantikan pelajar bagi sesi 2013 telah diadakan di Dewan Abbas Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring.


Para pemimpin pelajar sedang mendengar ucapan.

Sesi penyampaian sijil kepada para pemimpin.

Pengawas Pusat Sumber Tingkatan 5.

Pengawas Pusat Sumber Tingkatan 4.

Pengawas Pusat Sumber Tingkatan 3.

Pengawas Pusat sumber Tingkatan 1 dan 2.



06 April 2013

Perlancaran NILAM 2013

Assalamualaikum.

pada tanggal 06/03/2013 Pusat sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring telah mengadakan perlancaran program nilam bagi tahun 2013. Program ini telah dilancarkan oleh penolong ketua ko-kurikulum sekolah pn Katijah bt Mohammed..

Program ini diadakan supaya pelajar-pelajar akan lebih minat untuk membaca supaya mendapat ilmu yang banyak bagi melahirkan insan yang cemerlang. Nilam bermaksud NADI ILMU AMALAN MEMBACA. Hal ini demikian dapat meningkatkan pelajar yang pelahap akan ilmu dengan membaca . Sehubungan dengan itu pelajar-pelajar yang membaca paling banyak dan banyak markah dalam nilam akan diberi hadiah.





  Pn Katijah sedang memberi ucapan perasmian sempena program nilam 2013.





 Pelajar- pelajar yang mendapat pingat jauhari dan rakan pembaca dalam Nilam 2012




 Pelajar yang telah berjaya mewakili sekolah dalam Nilam


resensi buku oleh saudari Fathin Nadhirah

Buku Terbaru 2013

Assalamualaikum,

Pada tahun 2013, terdapat banyak buku baharu yang telah diletakkan di pusat sumber sekolah. Pihak sekolah telah memberi peruntukkan kepada pusat sumber untuk membeli buku baharu supaya pelajar di sekolah dapat meminjam buku sebagai rujukan atau sebagai bahan bacaan,

Antara buku terbaru adalah









 Antara buku rujukan terbaru bagi semua pelajar .







 Buku tokoh negara juga terdapat di perpustakaan .





Bagi pelajar yang minat membaca sudah pasti ini buku pilihan di hati . buku sejarah tokoh islam juga terdapat di pusat sumber sekolah. Buku- buku islamik juga ad yang terbaru.


Oleh itu, buku ini dapat dipinjam oleh warga sekolah SMKATJ dan dapatkannya di pusat sumber sekolah.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates