Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

24 February 2012

Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar 2012

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia         Pada 19 Februari 2012, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring telah menganjurkan Hari Watikah Pelantikan Pemimpin-Pemimpin Pelajar bagi sesi 2012.  Program ini telah bermula pada tepat pukul 8 pagi dan diadakan di Dewan Darul Abbas. Program ini diadakan bagi mengiktiraf pemimpin-pemimpin pelajar dan seterusnya  melaksanakan amanah yang telah diberi dengan sebaik mungkin. Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Polis Terengganu iaitu YB Dato’ Jamshah Mustapa.          Tentatif ini bermula dengan pemeriksaan perbarisan pemipin-pemimpin pelajar oleh Ketua Polis Terengganu dengan diiringi dua orang pemimpin pelajar. Pemeriksaan...

23 February 2012

Peristiwa 8 FEB : Maulidur Rasul & Majlis Perpisahan Guru-Guru yang Bertukar

      Pada 8 Februari 2012 bersamaan 15 Rabiul awal 1433 Hijrah, pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok jiring telah mengadakan majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah bagi tahun 2012. Sambutan ini telah disertai pelajar-pelajar sekolah dan guru-guru serta staf-staf sokongan . Pada tahun ini pelajar-pelajar diarahkan untuk berarak di sekeliling Kampung Tok Jiring  Antara gambar yang berjaya diambil ketika berlangsungya Malis Maulidur Rasul tahun 1433 H. Ceramah sempena Maulidur Rasul telah disampaikan oleh Dr Madya Dr Basri b Ibrahim daripada Jabatan Syariah Fakulti Kontemporari Islam UniSZA mengenai topik kaitan Hari Maulidur Rasul dengan kehidupn pelajar. Antara input...

09 February 2012

Perjuangan dalam barisan

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Surah As-saff ; ayat 1-5,  (ahadees.com) As-saff bermaksud barisan. Dalam konteks ini, As-saff membawa maksud orang yang berjuang dalam barisan. Surah ini menceritakan tentang perjuangan rasul-rasul. Sekiranya kita menghayati surah ini dengan ikhlas, dengan izin Allah, akan menaikkan semangat kita untuk berjuang. Berjuang pula merupakan satu perkara yang membawa maksud yang luas. Sesungguhnya, umat islam hendaklah berjuang fi sabilillah. Berjuang tidak semestinya berperang di medan perang. Perjuangan ini juga boleh dimaksudkan dengan perjuangan seorang pelajar dalam menuntut ilmu. Perjuangan yang paling besar ialah perjuangan melawan nafsu. Maksud ayat 1 Ayat...

06 February 2012

Latest English Novels

Resensi Buku : Berikut merupakan buku yang baru sahaja tiba di Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring. novel-novel ini merupakan sumbangan daripada Scholastic. Terdapat 50 buah novel bahasa inggeris yang sedang dipamerkan di pusat sumber SMKATJ. Anda boleh mula meminjam novel-novel ini setelah dua minggu novel ini dipamerkan. Berikut adalah contoh novel-novel Bahasa Inggeris yang boleh dipinjam di pusat sumber : Untuk pengetahuan anda,  pinjaman buku-buku tersebut sudah bermula sejak 29 Januari yang lalu. Sesiapa yang berminat boleh datang untuk meminjam. Terima kasih...

Page 1 of 2912345Next
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates