Assalamualaikum dan salam satu Malaysia
Pada 19 Februari 2012, Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama Tok Jiring telah menganjurkan Hari Watikah Pelantikan Pemimpin-Pemimpin
Pelajar bagi sesi 2012. Program ini
telah bermula pada tepat pukul 8 pagi dan diadakan di Dewan Darul Abbas.
Program ini diadakan bagi mengiktiraf pemimpin-pemimpin pelajar dan seterusnya melaksanakan amanah yang telah diberi dengan
sebaik mungkin. Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Polis Terengganu iaitu
YB Dato’ Jamshah Mustapa.
Tentatif
ini bermula dengan pemeriksaan perbarisan pemipin-pemimpin pelajar oleh Ketua
Polis Terengganu dengan diiringi dua orang pemimpin pelajar.
Barisan Pengawas Pusat Sumber 2012 |
Program ini berakhir pada pukul 10 pagi. Pihak sekolah berharap pemimpin-pemimpin pelajar dapat menjalankan amanah yang telah diberi dengan sebaik mungkin serta menjadi contoh tauladan kepada pelajar-pelajar lain.