Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

17 January 2015

TERIMA KASIH CIKGU, JASAMU TETAP DIKENANG

Tahun persekolahan 2015 yang bermula pada 11 Januari ini menyaksikan SMKA Dato' Haji Abbas kehilangan wajah-wajah guru yang banyak menabur jasa dan bakti mereka.  Guru-guru yang bersara, guru-guru yang memohon bertukar ke tempat lain dan guru-guru yang ditukarkan kerana telah berkhidmat lebih daripada 15 tahun telahpun melangkah pergi meninggalkan SMKA Dato' Haji Abbas ke tempat dan sekolah baru yang insya-Allah lebih baik. Ucapan terima kasih cikgu kami ucapkan, semoga keikhlasan cikgu dalam menggalas amanah akan mendapat ganjaran besar di sisi Allah. Semoga Allah mengurniakan sesuatu yang indah dan lebih baik di tempat baru. ...

...

GOTONG-ROYONG 1 PUSAT SUMBER 2015

Gotong-royong kali pertama bagi tahun 2015 telah diadakan oleh Pusat Sumber Sekolah 17 Januari 2015 dari  pukul  9.00 hingga 12.30 tengahari. Guru yang hadir ialah Puan Siti Hamedah binti Md Sukor dan Puan Wan Rozita. Seramai 13 orang Pengawas Pusat Sumber hadir dalam gorong royong yang diadakan. Objektif gotong royong adalah untuk menceriakan Pusat Sumber dan mengemaskinikan papan kenyataan. Antara aktiviti yang lakukan  adalah menghias papan kenyataan, menampal gambar untuk sudut Teganu Kita dan gambar yang bertulis  perkataan Arab serta Inggeris di dinding Perpustakaan  dan bilik Buku Rujukan. ...

06 January 2015

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH BAGI SESI 2015

          Pusat Sumber SMKADHA mengucapkan selamat kembali ke sekolah bagi sesi 2015 pada 11 Januari ini.Semoga sesi persekolahan tahun 2015 menjanjikan keberkatan buat semua.  Semoga semua warga SMKADHA akan lebih bersemangat untuk menempatkan diri dalam kalangan mereka ditinggikan darjatnya oleh Allah sebagaimana maksud hadith : Daripada Abu Darda,  bahawasanya beliau mendengar Rasulullah saw bersabda " Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan memudahkan jalannya untuk ke syurga. Sesungguhnya para malaikat melebarkan sayapnya kepada mereka yang menuntut ilmu kerana meredhai perkara yang dilakukannya. Sesungguhnya mereka yang mengajarkan kebaikan akan dimohonkan keampunan oleh makhluk yang ada di langit dan di bumi hingga...

Page 1 of 2912345Next
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates