Gotong-royong kali pertama bagi tahun 2015 telah diadakan oleh Pusat Sumber Sekolah 17 Januari 2015 dari pukul 9.00 hingga 12.30 tengahari.
Guru yang hadir ialah Puan Siti Hamedah binti Md Sukor dan Puan Wan Rozita. Seramai 13 orang Pengawas Pusat Sumber hadir dalam gorong royong yang diadakan.
Objektif gotong royong adalah untuk menceriakan Pusat Sumber dan mengemaskinikan papan kenyataan.
Antara aktiviti yang lakukan adalah menghias papan kenyataan, menampal gambar untuk sudut Teganu Kita dan gambar yang bertulis perkataan Arab serta Inggeris di dinding Perpustakaan dan bilik Buku Rujukan.