Pertandingan Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu Daerah Kuala Terengganu Utara bagi tahun 2015 telah berlangsung di SMKA Dato' Haji Abbas, pada hari Rabu. 25 Februari 2015. SMKA Dato' Haji Abbas telah berjaya memenangi pertandingan tersebut. Sehubungan itu SMKA Dato' Haji Abbas akan mewakili Daerah KTU untuk Pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat Negeri pada tarikh yang akan dimaklumkan. Sekalung tahniah buat pasukan bahas. Semoga kejayaan diraih di peringkat negeri nanti. Teruskan perjuangan...