Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

31 December 2011

Insan Baru Dalam Dunia Baru.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

"Allah sentiasa ada rancangan yang lebih baik buat kita,
Mungkin permulaannya agak sukar,
Tetapi, pengakhirannya selalu tidak dapat kita jangkakan.

Seandainya sekarang anda menghadapi kesukaran,
Yakin dan berdoalah untuk hari yang lebih baik pada hari esok.

Keajaiban hanya berlaku seandainya
anda mencari petunjuk daripada Allah."  - dipetik dari InspirationalQuotesSMS

Sepanjang tahun 2011 M (1432 H) ini, banyak perkara yang kita semua lalui. Banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita sama ada dari segi pelajaran, perkerjaan dan lain-lain. Begitu juga dengan dugaan dan ujian yang telah Allah berikan kepada kita. Oleh itu, sentiasalah kita mengingati Allah tidak kira sewaktu dalam kenikmatan mahupun dalam dugaan. Insan yang menghadapi dugaan, tidak perlulah berasa  kecewa dan berputus asa kerana semua perkara yang berlaku ada hikmahnya. Tambahan pula, dalam kesukaran menjalani ujian dan dugaan dapat membawa anda kepada mengingati Allah. Ketika kita berada dalam nikmat Allah, belum tentu kita dapat mengingati Allah, mungkin kita berada dalam kelalaian, nauzubillah.

Bersabarlah juga wahai umat islam kerana apa yang ada dihadapan kita menjadi semakin sukar. Masa depan kita penuh dengan cabaran dan dugaan. Tahun hadapan, kita tidak tahu apa yang bakal terjadi, ujian dan dugaan mungkin semakin banyak menimpa. Sama-samalah kita berdoa kepada Allah supaya tidak tergugat keimanan kita, amin, dan berusahalah kita ke arah muslim sejati.
InsyaAllah
Semoga kita pada tahun hadapan ialah hamba-hamba Allah yang lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.  Jadilah orang yang baru dengan azam yang baru.

Selamat tahun baru 2012 M & 1433 H kami ucapkan kepada anda yang sudi membaca. Terima kasih kerana datang melawat blog kami




17 November 2011

Hari Raya PSS [JAMUAN AKHIR TAHUN '11]

SEMUSIM KENANGAN BERSAMA PSS 2011

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Seperti maklumat yang tertera pada gambar di atas, pengawas pusat sumber SMKATJ telah mengadakan jamuan akhir tahun di Inforana Resort di  Tok Jembal. Majlis bermula pada pukul 3.00 petang.



3.00 pm ; Ketibaan para tetamu dan dif dif kehormat
3.20 pm ; Majlis bermula; Bacaan Al-Quran, Ucapan Guru Penasihat PSS SMKATJ, Puan Siti Hamedah, ucapan pengerusi PSS, Tg Zahirul serta bacaan doa makan





4.00 pm ; Jamuan bermula dengan jayanya =D


















4.30 pm ; Cabutan bertuah bagi yang bertuah




5.00 pm ; Majlis bersurai

SEMUSIM KENANGAN BERSAMA PSS 2011

Kenapa Doa Tidak Diterima?


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada kali ini, kami dengan berbesar hati ingin berkongsi tentang satu artikel yang cukup berinformasi kepada anda semua.
Apabila kita menginginkan sesuatu, sudah tentu kita memohon kepada Allah. Tetapi apa yang terjadi kepada sesetengah orang, doa mereka tidak termakbul. Mengapakah perkara ini berlaku? Apa yang berlaku sudah tentu ada puncanya tesendiri.
Punca doa tidak diterima Allah ;
  • Mengenal Allah tetapi tidak mengamalkan arahan-Nya
  • Mengaku CINTA akan Rasul, tetapi TIDAK mengIKUTi sunnahnya
  • Mengaku syaitan itu MUSUH, tetapi PATUH kepada arahannya
  • Membaca Al-Quran, tetapi TIDAK mngAMALkan isi kandunganya 
  • Ingin menJAUHi neraka, tetapi meLAKUkan maksiat
  • Ingin syurga, tetapi TIDAK berUSAHA ke arahnya
  • Tahu bahawa MATI itu PASTI, tetapi TIDAK berSEDIA
  • MemBUKA aib orang lain, aib sendiri tidak diLIHAT
  • Tidak berSYUKUR
  • Mengebumikan jenazah saudaramu yang meningal, tetapi, TIDAK mengAMBIL iktibar.

Semoga dapat mmbri peringatan kepada kita semua..amin
Wassalam..

31 October 2011

SEJARAH Tingkatan 2 (FULL) & JAWAPANNYA


BAB 1 - 4 ~ Klik butang di bawah untuk download (4shared.com)



BAB 4 - 5 ~ Klik butang di bawah untuk download


* Buka melalui Microsoft Word, Untuk "HQ".

20 October 2011

Apakah Tujuan Sebenar Kita Menimba Ilmu?

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

google
Fenomena zaman sekarang; apabila minggu peperiksaan semakin hampir, sudah tentu, ramai pelajar membawa buku rujukan di tangan ke mana-mana sahaja. Tetapi, masa banyak yang terluang sebelum peperiksaan hampir, mereka kebanyakannya berhibur, kurang membuat kerja sekolah dan kurang menelaah ilmu. Begitu juga selepas habis musim peperiksaan. Mengapakah fenomena ini berlaku? Adakah kita menimba ilmu semata-mata kerana ingin lulus peperiksaan, masuk kelas pertama, atau adakah kita membaca, mengingati formula dan fakta kerana ingin menjadi seorang pakar yang pada masa hadapan?
Sudah tentu, mempunyai cita-cita tidak salah dan berhibur pun tidak salah, asalkan tidak melanggar syariat, bukan? Namun, persoalan mengenai tujuan kita menelaah ilmu ini, sebenarnya untuk apa?

Ingin saya katakan di sini bahawa kita perlulah menimba ilmu kerana Allah, serta untuk mengelak diri kita daripada kejahilan. Untuk mengelak daripada kejahilan, kita juga perlulah senantiasa mengaplikasikan ilmu yang kita ada itu. Bukankah ilmu tanpa amal seperti pokok yang tidak ada buah?

sumber google
Kebiasaanya, orang  yang menimba ilmu semata-mata untuk lulus peperiksaan, mereka akan lupa dengan pelajaran yang mereka pelajari pada masa lalu (seandainya mereka tidak mengaplikasikan ilmunya itu).

Dan apabila kita mempunyai ilmu yang banyak, ucaplah Alhamdulillah. Jauhilah daripada perasan bongkak, riak dan angkuh. Walaupun ilmu kita mungkin lebih sedikit daripada orang lain, tidak perlulah kita merasakan diri kita ini cukup pandai dan hebat kerana masih banyak lagi ilmu yang tak akan habis di dunia ini yang perlu kita teroka.

Apabila rakan kita meminta untuk diajar, kita perlulah menolongnya walaupun kita pada masa itu juga tengah melakukan ulangkaji dan tengah sibuk untuk memahami sesuatu pelajaran.. Berkata jujurlah sekiranya anda benar-benar tidak mengetahuinya. Dan sekiranya kita melihat rakan kita sedang memerah otak untuk memahami sesuatu pelajaran, janganlah kita terus menanyanya agar kita tidak mengganggu konsentrasinya. Bertanyalah apabila keadaanya reda sedikit. Tetapi, ingat,  jangan sesekali kita menolak permintaan rakan kita yang menginginkan ilmu kita walaupun pada masa itu kita dalam keadaan susah.

Perkara yang paling penting dalam menuntut ilmu ialah niat, dan sentiasa berdoa kepada Allah.
Selain itu hormat kepada guru dan ibu bapa.

Cuba kita renungkan, tujuan apakah kita menimba ilmu ini....semoga tujuan kita dalam melakukan sesuatu yang baik adalah kerana Dia yang Maha Agung. Semoga ilmu yang kita ada diberkati oleh Allah. Amin.

03 October 2011

TERIMA KASIH TUHAN

gambar hiasan dari Google
TERIMA KASIH TUHAN...
KERANA MENCAMPAKKAN AKU DI SINI
DI DAERAH PENUH CAHAYA
MENGHAYATI SEDENING KESEMPURNAAN KASIHMU

TERIMA KASIH TUHAN
KERANA NUR IMAN, NUR ISLAM
YANG MENERANGI HATI DAN PERASAAN
SELAUT KASIH, RAHMATMU YANG TAK BERTEPI
BUAT MENYIRAMI TUBUH HANYIR
PENUH DOSA INI

TERIMA KASIH TUHAN
TAK TERKIRA NIKMATMU
TAK MAMPU KU HITUNG DAN KISAHKAN SATU PERSATU
TERLALU BANYAK KEPERLUANKU PADAMU
YANG KAU PENUHI
SEDANGKAN TERLALU SEDIKIT SUJUD YANG KU HIMPUN
MEWAJAHKAN SYUKUR DIRI

TERIMA KASIH TUHAN
KERANA MEMBUKA MIHRAB CINTA MU UNTUKKU
TERLALU INDAH BERADA DI SINI
TAK MAHU LANGKAHKAN KAKI KELUAR
TAK RELA KU PALINGKAN DIRI

TERIMA KASIH TUHAN
KERANA TIDAK MELEPASKAN DIRI TERSASAR
DARI JALAN INI

TERIMA KASIH TUHAN
KERANA MENYAMBUT HULURAN TANGANKU
DENGANNYA
AKU MASIH UTUH DI SINI
TIDAK TERSUNGKUR DAN TERJATUH
DALAM LUMPUR MAKSIAT
DAN DOSA BERPANJANGAN
YANG HITAM, PEKAT DAN MENYESAKKAN NAFAS

TERIMA KASIH TUHAN
KERANA MAGHFIRAHMU
AIR MATA YANG TUMPAH ADALAH KETENANGAN SEJATI...
KEPUASAN MENJADI HAMBAMU
DALAM MENGHIRUP NAFAS HAYAT

TERIMA KASIH TUHAN
KERANA AKU MASIH DI SINI
KEKALKAN AKU DI SINI
PADA NOKHTAH TERAKHIR CERITA HIDUPKU
DALAM CINTA KASIH PADAMU

NUKILAN:
GURU PSS SMKATJ

04 September 2011

Bahasa Arab Kertas 1 Ting 4 [ JPN TERENGGANU ] OTI 1 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Soalan Bahasa Arab Kertas 1 Tingkatan 4 negeri Terengganu 2011 (oti 1)


Bahasa Arab Kertas 1 Ting 4 [ Oti 1 2011 JPNTERENGGANU ]

27 August 2011

Senarai Pemenang-pemenang Minggu PSS 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Masihkah anda ingat, minggu PSS yang telah diadakan oleh pihak Pusat Sumber Sekolah?
Minggu tersebut telah diadakan beberapa minggu yang lepas.

Inginkah anda mengetahui siapakah pemenang-pemenangnnya?
Mungkin anda mengatakan bahawa, pemenang-pemenang pertandingan minggu PSS sudah disedia maklum beberapa hari yang lalu ketika waktu perhimpunan pada hari khamis yang lepas dan anda sudah mengetahuinya. Jadi, tidak perlulah dimaklumkan disini.
Tetapi, sebaiknya, pengummuman nama pemenang-pemenang juga perlulah dipaparkan disini...



Berikut adalah senarai nama-nama pemenang

PERTANDINGAN JEJAK MAKLUMAT


Tingkatan 1

  1. Nor Asiah bt Abdullah & Noor Shahirah bt Anuwi (1 Al-Imran)
  2. Nur Syafiqa bt. Mohd Fauzai@Mohd Yusli & Nur Barizah bt. Nazri (1 Ar Rahman)
  3. Nurul Najwa bt Zainudin & Hannan Nasuha Hashim (1 Al-Furqan)
Tingkatan 2
  1. Ahmeed El-Wafi b Litfi & Mohd Amir Nasrullah b Mohd Razib (2 Ar-Rahman)
  2. Muhammad Ikram b zulkifli & Amir Shahidi b Zaidy (2 Al-Furqan)
  3. Muhammad Zikri b Che Mohd Zuki & Muhammad Ashraf b Emran (2 Al-Ikhlas)
Tingkatan 4
  1. Hazwan Syahmi b Hashim & Syed Ahmad Safwan b Syed Ahamad (4 Al-Kauthar)
  2. Nur Adibah Liyana bt Awi & Amiralbasyariah bt Hamzah (4 Al-Ikhlas)
  3. Nurul Ezzah Nabila bt Abdul Mutalib & Amiratul Arifah bt Abdul Fatah (4 An-Nur)
PERTANDINGAN MENCIPTA DIALOG
  1. Khairunnisa bt Hasin (4 Al-Furqan)
  2. Mira Azira bt Mohamad Azan (4 Al-Furqan)
  3. Syed Mohd Kamal Fikri b Syed Omar (4 Al-Furqan)
PERTANDINGAN MELUKIS

  1. Sharifah Nurshafiqah bt Syed Shuhaini (4 Al-Furqan)
  2. Siti Mariam Dyana bt Mohd Marzuki (1 As-Saff)
  3. Husna bt Burhanuddin (4 Al-Qalam)
PERTANDINGAN MENGIRA TEBAL BUKU
  1. Najihah bt Muda (1Al-Furqan)
  2. Nor Asiah bt Abdullah (1 Al-Imran)
  3. Hannan Nasuha bt Hashm (1 Al-Furqan) 
PERTANDINGAN MENEKA HARGA BUKU
  1. Nurul Aqilah Hazwani bt Ariffin (1 Al-Imran)
  2. Siti Nur Atikah bt Zakaria  (2 Ar-Rahman)
  3. Nurul Fatini b Rosle (2 Al-Qalam)
PERTANDINGAN KUIZ PSS
  1. Nurul Hafizah bt Che Muhammad Nor (2 Al-Qalam)
  2. Fatib Farhana bt Awang (2Al-Qalam)
  3. Nurul Aisyah bt Mohd Nariah @ Mohd Alias (2 Al-Qalam)
PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA ARAB
  1. Nur Syahira  Khairina bt Khairuddin (2Al-Qalam)
  2. Nor Aini bt Abdullah (2 Al-Furqan)
  3. Amira Qisthina BT kAUZI (1 As-Saff)
PEMBACA TERBANYAK
  1. Siti Hajar (4 Al-Kauthar)
  2. Maizatul (2 Al-Ikhlas)
  3. Mohd Shafiq Firdaus (3 Al-Furqan)
TAHNIAH KEPADA PARA PEMENANG

22 August 2011

SAJAK : MARI KITA MEMBACA

Mari kita membaca
Mari kita membaca
Kerana itu suruhan nabi kita
Kerana itu suruhan agama kita
Termaktub dalam Al Quran
Dalam Surah Al Alaq yang
Menyeru kita "Bacalah"

Mari kita membaca
Kerana dengan membaca bertambah ilmu
di dada
Menerangi hidup kita
Kerana ilmu itu cahaya
Kerana ilmu menjaga kita

Mari kita membaca
Biar kita menjadi orang berguna
Tahu yang betul dan tak bermakna
Agar tak tersasar dari jalan orang mulia

Mari kita membaca
Biar kita jadi bangsa berjaya
Tersohor seantero dunia
Agar kita tak diinjak dihina

Mari kita membaca
Bukan hanya untuk lulus periksa
Tapi amalan dan budaya
Biar menjadi bangsa berakhlak mulia
Lagi bijaksana
Berakal budi
Perkasa minda

Mari kita membaca
Untuk mengenal diri kita
Untuk mengenal hakikat Maha Pencipta
Biar kita jadi hamba Allah yang bertaqwa
Diredai Yang Maha Esa

Oleh
Az Zahra SM



SAJAK : BUAT ANAK-ANAK DIDIKKU

Wahai anak-anak didikku....
Carilah ilmu
kerana ilmu itu cahaya, penyuluh pada kala kegelapan
Penjaga diri menghadapi taufan kehidupan
Mengenalkan dirimu pada kehebatan Islam
Pada jahiliah yang tampak indah menyaluti zaman
Memampukan dirimu memilih kebenaran

Wahai anak-anak didikku....
Carilah peringatan
Kerana kita manusia yang penuh kelupaan dan kealpaan
Memagari kita dari kegelinciran
Menarik kita dari tersasar di jalanan

Wahai anak-anak didikku....
Sematkan pesanan ini di benak qalbumu
Tegakkan dan martabatkan Al Quran dan As Sunnah
Ke dalam dirimu
Wajahkannya dalam jati diri
Menjadi pegangan di sungai hidup yang kau telusuri
Kerana itulah pesan Rasulullah SAW...
Membenteng dari kesesatan

Wahai anak-anak didikku....
Carilah kekuatan pada kala malam sepi dinihari
Dalam himpunan sujud dan tangsinya zikir
Menterjemah syukur hamba
Biar luruh segala beban dosa
Di kaki sujud, dalam mihrab cinta ILLAHI

Wahai anak-anak didikku....
Jadilah benih yang baik
Tercampak ke laut menjadi pulau
Dahagikan dirimu mencari kebaikan
Biarpun tanpa ucapan terima kasih

 Wahai anak-anak didikku....
Walau ke puncak mana kakimu melangkah
Setinggi mana kemuliaan yang kau gapai
Kita hanya hamba ALLAH
Mulia atau hina kita di sisi-Nya
Penentunya adalah ketaqwaan

Wahai anak-anak didikku....
Marilah kita ceriakan diri dengan iman
Moga rahmat-Nya merantai kehidupan




 Ilham rasa kurnian Ilahi
 Puan Siti Hamedah Md Sukor                                        

09 August 2011

SOALAN SEJARAH Tingkatan 1 BAB 7-11

Assalamualaikum dan salam sejahtera




Soalan Sejarah Tingkatan 1 Bab 7-11

SOALAN SEJARAH Tingkatan 1 BAB 1-6

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Di sini, kami ingin berkongsi soalan-soalan Sejarah tingkatan 1 dari bab 1 hinggalah bab 6.
Sejuta penghargaan kepada pembuat pembuat soalan Sejarah ini.






21 July 2011

Detik-detik Minggu PSS

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Sepanjang minggu PSS kali ini, Alhamdulillah, semua aktiviti berjalan dengan begitu lancar sekali.

AHAD-Perasmian Minggu PSS, Kuiz PSS, Tayangan Video
ISNIN-Ceramah, Tayangan Video
SELASA-Jejak Maklumat, Meneka harga buku, Melukis poster, Tayangan Video
RABU-Cuti
KHAMIS-Meneka tebal buku, Pertandingan Bahasa Arab,Tayangan Video

Jejak Maklumat

Pameran Buku- Antar buku terkenal







Pada minggu ini juga, bilangan pelajar yang meminjam buku juga semakin meningkat.
Hal ini mungkin disebabkan tawaran istimewa sempena minggu yang penuh bermakna ini iaitu mereka boleh meminjam 4 buah buku serta sesiapa yang tidak menghantar buku dalam masa yang ditetapkan tidak perlu dikenakan denda. Namun begitu, diingatkan kepada para pelajar sekalian bahawa tawaran tersebut hanyalah berlangsung ketika minggu PSS sahaja.

InsyaAllah, pada minggu hadapan, keputusan pertandingan akan dikeluarkan.

Jom kita saksikan tayangan video sempena minggu PSS. Video ini disediakan oleh Pn Rosidah




Rombongan dari SK Mat Lagam

Pada 19 Julai yang lalu, satu rombongan dari sebuah sekolah di daerah Kemamam iaitu SK mat Lagam telah mengadakan lawatan ke SMKA Tok Jiring.Pelajar yang terlibat dalam rombongan ini ialah pelajar darjah 6. Tujuan kedatangan rombongan tersebut  adalah untuk memberi  pendedahan kepada murid-murid tersebut  mengenai iklim di SMKA Tok Jiring.
Beberapa orang pengawas Pusat Sumber telah ditugaskan untuk menguruskan rombongan tersebut. Kami menjadi penunjuk arah kepada murid-murid darjah 6 tersebut.  Kami juga membawa murid-murid tersebut  ke sekitar sekolah. Mereka dibawa melawat ke tempat atau pusat yang penting di SMKA Tok Jiring. Antaranya, asrama, pusat sumber, ICT, dan makmal-makmal sains. Pada hari tersebut, terdapat juga pameran buku di dewan Darul Ilmi. Mereka berpeluang membeli buku-buku serta coklat yang juga turut dijual di pameran tersebut.









 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates