Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sudah tentu, mempunyai cita-cita tidak salah dan berhibur pun tidak salah, asalkan tidak melanggar syariat, bukan? Namun, persoalan mengenai tujuan kita menelaah ilmu ini, sebenarnya untuk apa?
Ingin saya katakan di sini bahawa kita perlulah menimba ilmu kerana Allah, serta untuk mengelak diri kita daripada kejahilan. Untuk mengelak daripada kejahilan, kita juga perlulah senantiasa mengaplikasikan ilmu yang kita ada itu. Bukankah ilmu tanpa amal seperti pokok yang tidak ada buah?
sumber google |
Dan apabila kita mempunyai ilmu yang banyak, ucaplah Alhamdulillah. Jauhilah daripada perasan bongkak, riak dan angkuh. Walaupun ilmu kita mungkin lebih sedikit daripada orang lain, tidak perlulah kita merasakan diri kita ini cukup pandai dan hebat kerana masih banyak lagi ilmu yang tak akan habis di dunia ini yang perlu kita teroka.
Apabila rakan kita meminta untuk diajar, kita perlulah menolongnya walaupun kita pada masa itu juga tengah melakukan ulangkaji dan tengah sibuk untuk memahami sesuatu pelajaran.. Berkata jujurlah sekiranya anda benar-benar tidak mengetahuinya. Dan sekiranya kita melihat rakan kita sedang memerah otak untuk memahami sesuatu pelajaran, janganlah kita terus menanyanya agar kita tidak mengganggu konsentrasinya. Bertanyalah apabila keadaanya reda sedikit. Tetapi, ingat, jangan sesekali kita menolak permintaan rakan kita yang menginginkan ilmu kita walaupun pada masa itu kita dalam keadaan susah.
Perkara yang paling penting dalam menuntut ilmu ialah niat, dan sentiasa berdoa kepada Allah.
Selain itu hormat kepada guru dan ibu bapa.
Cuba kita renungkan, tujuan apakah kita menimba ilmu ini....semoga tujuan kita dalam melakukan sesuatu yang baik adalah kerana Dia yang Maha Agung. Semoga ilmu yang kita ada diberkati oleh Allah. Amin.