gambar hiasan dari Google |
KERANA MENCAMPAKKAN AKU DI SINI
DI DAERAH PENUH CAHAYA
MENGHAYATI SEDENING KESEMPURNAAN KASIHMU
TERIMA KASIH TUHAN
KERANA NUR IMAN, NUR ISLAM
YANG MENERANGI HATI DAN PERASAAN
SELAUT KASIH, RAHMATMU YANG TAK BERTEPI
BUAT MENYIRAMI TUBUH HANYIR
PENUH DOSA INI
TERIMA KASIH TUHAN
TAK TERKIRA NIKMATMU
TAK MAMPU KU HITUNG DAN KISAHKAN SATU PERSATU
TERLALU BANYAK KEPERLUANKU PADAMU
YANG KAU PENUHI
SEDANGKAN TERLALU SEDIKIT SUJUD YANG KU HIMPUN
MEWAJAHKAN SYUKUR DIRI
TERIMA KASIH TUHAN
KERANA MEMBUKA MIHRAB CINTA MU UNTUKKU
TERLALU INDAH BERADA DI SINI
TAK MAHU LANGKAHKAN KAKI KELUAR
TAK RELA KU PALINGKAN DIRI
TERIMA KASIH TUHAN
KERANA TIDAK MELEPASKAN DIRI TERSASAR
DARI JALAN INI
TERIMA KASIH TUHAN
KERANA MENYAMBUT HULURAN TANGANKU
DENGANNYA
AKU MASIH UTUH DI SINI
TIDAK TERSUNGKUR DAN TERJATUH
DALAM LUMPUR MAKSIAT
DAN DOSA BERPANJANGAN
YANG HITAM, PEKAT DAN MENYESAKKAN NAFAS
TERIMA KASIH TUHAN
KERANA MAGHFIRAHMU
AIR MATA YANG TUMPAH ADALAH KETENANGAN SEJATI...
KEPUASAN MENJADI HAMBAMU
DALAM MENGHIRUP NAFAS HAYAT
TERIMA KASIH TUHAN
KERANA AKU MASIH DI SINI
KEKALKAN AKU DI SINI
PADA NOKHTAH TERAKHIR CERITA HIDUPKU
DALAM CINTA KASIH PADAMU
NUKILAN:
GURU PSS SMKATJ