Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

30 December 2012

Hari Pendaftaran Persekolahan Bagi Sesi 2013

Assalamualaikum w.b.t dan slam sejahtera. Pada hari Isnin, 31 Disember 2012 sesi pendaftaran bagi tahun 2013 telah dijalankan. Pada hari tersebut para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Tok Jiring dikehendaki hadir ke sekolha pada pukul 8.30 pagi dan pulang pada pukul 12.00 tengah hari. Memandangkan tahun 2013 merupakan tahun transformasi bagi SMKA Tok Jiring, pihak sekolah telah mengarahkan sesi pendaftaran bagi tahun 2013 dilakukan di kelas masing-masing. Di samping itu, satu aktiviti gotong-royong membersihkan dan menceriakan kelas telah dilakukan di kelas masing-masing. Hal ini bertujuan melancarkan proses pembelajaran bagi hari pertama persekolahan bermula. Pada hari tersebut juga, semua pelajar tingkatan 4 pada tahun 2012 dikehendaki menghantar buku teks di bilik...

27 December 2012

Gotong-royong Pusat Sumber Sekolah SMKATJ (Persediaan Tahun 2013)

      Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.Tahun 2012 kini kian melabuhkan tirai, tahun 2013 kian menghampiri. Memandangkan tahun 2013 merupakan tahun transformasi buat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiriing, Kuala Terengganu, Pengawas Pusat Sumber Sekolah bersama-sama guru penyelaras PSS telah mengambil inisiatif untuk mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan dan menceriakan lagi Pusat Sumber Sekolah pada 27 Disember 2012.        Aktiviti gotong-royomg tersebut bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengah hari. Pelbagai perubahan baru telah dilakukan bagi menarik perhatian para pelajar untuk berkunjung ke pusat sumber sekolah selalu, antaranya buku-buku telah disusun dengan penuh rapi,karpet juga telah ditukar dengan...

05 July 2012

[CERPEN] Aku Anak Ngelaban!

Aku Anak Ngelaban! hasil karya Nur Fasihah bt Ramli Gambar hiasan ihsan daripada Google “Bilu! Anang guai! Bilu!” Termengah-mengah Tura cuba menyusuli Bilu dari belakang. Bajunya basah dek peluh. Kaki yang tidak berkasut comot dengan selut. Manakan tidak, jalan merah yang mereka lalui berlopak-lopak akibat hujan lebat yang turun tanpa henti selama tiga hari. “Bilu! Laju kau jalan! Tunggu!” “Tura! Pukul brapa diatu? Cikgu tunggu!” “Iya…iya. Kita jalai sama-sama.”  Bilu. Anak Iban yang bercita-cita tinggi untuk mengubah nasib kaumnya ke arah yang lebih baik. Dia sedar betapa masyarakat metropolitan memperkotak-katikkan kehadiran mereka. Apakan tidak? Hidup di pinggir pedalaman, terselindung daripada arus pembangunan moden....

[ESEI] Hospital Impianku

HOSPITAL IMPIANKU - Hasil Karya Nur Adibah Liyana bt Awi Gambar hiasan, ihsan daripada google         Setiap manusia yang masih memiliki nyawa yang sangat berharga dan tidak akan pernah diganti, pastinya menginginkan apa-apa yang dihajati. Antaranya dengan berkeinginan untuk memiliki hospital impian masing-masing atau dalam erti kata lain ialah rumah sakit idaman. Hal ini adalah normal apabila terjadi kepada seseorang manusia yang mahukan sesuatu yang sempurna dalam kehidupan.Benarlah kata orang bijak bestari, hidup di dunia yang fana ini hanyalah sekali, jadi, perkenankanlah segala yang dihajati. Pada masa yang sama, fitrah manusia juga menjadi sesuatu yang amat penting. Pasti ada sesetengah pihak yang masih...

Hari Sukan 2012

Assalamualaikum w.b.t.dan salam sejahtera.Pada 17 Jun sehingga 19 Jun 2012 baru-baru ini pihak pengurusan sekolah telah mengadakan Sukan Tahunan bagi Sekolah Menengah Kebangsaan (Agama) Tok Jiring.Sukan tersebut bermula pada 17 Jun(Ahad) dengan dan dimulai denagn acara sukan tara bagi pelajar perempuan pada waktu pagi sementara pelajar lelaki diarahkan ke surau An-Naim untuk mendengar ceramah.     Antara acara yang dijalankan ialah lumba lari,lontar peluru dan lompat jauh.Setiap rumah sukan telah ditentukan tempat dan masa bagi setiap acara.Bagi acara sukan tara,setiap pelajar menyumbang satu mata kepada rumah sukan mereka.Acara ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 11.00 pagi.Setelah selesai acara tersebut...

25 June 2012

Persaraan Cikgu Harun

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Pada 1 Jun 2012 yang lalu, Encik Harun bin Hasan atau lebih dikenali sebagai Cikgu Harun telah pun bersara daripada kerjayanya sebagai pendidik. Berikutan perkara tersebut, pihak pengurusan SMKA Tok Jiring telah mengadakan majlis persaraan beliau pada 24 Mei 2012 yang lepas.  Berikut ialah gambar - gambar yang sempat diambil semasa majlis sedang berlangsung. Selama beliau bertugas di sekolah ini, sudah banyak jasa-jasa yang beliau taburkan untuk anak didik beliau. Beliau merupakan guru bagi subjek matematik yang kebiasaannya menjadi subjek kritikal bagi kebanyakan pelajar.  Namun begitu, dengan berkat usaha beliau dalam mendidik, para pelajar dapat memahami formula-formula...

18 June 2012

Sambutan Hari Guru SMKATJ 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.... Guru-guru telah banyak menyumbangkan jasa kepada kita. Guru juga diibaratkan lilin. Jika tiadanya lilin dalam kegelapan, sudah tentunya kita akan terkapai-kapai mencari sesuatu untuk berpaut dan kita tidak akan dapat melihat apa yang ada di belakang dan yang paling penting apa yang ada di depan. Begitu juga apabila ketiadaan guru untuk mendidik kita. Mari kita kembali ke masa yang lampau dahulu, semasa kita mula-mula belajar A B C, 1 2 3, dan alif ba ta. Tanpa guru pada waktu itu, adakah kita boleh membuat karangan penuh dua muka surat, mengira persamaan serentak dengan betul dan mengaji Al-Quran dengan tajwid yang betul pada masa sekarang ini? Sememangnya, asas-asas pembelajaran itulah yang menjadi...

Page 1 of 2912345Next
 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates