Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

22 April 2012

Program Pertukaran Pelajar dari Sumatera Barat-Sawahlunto ke SMKATJ dan Pelajar SPM dan PMR dari SHAMS

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Pada 15 April 2012(Ahad)-19 April 2012(Khamis) SMKATJ telah didiatangi oleh pelajar-pelajar SPM dan PMR dari SHAMS.Program pertukaran pelajar ini adalah bertujuan untuk merapatkan lagi ukhuwah antara kedua-dua buah sekolah dan berkongsi cara belajar antara SMKATJ.Mereka menetap di asrama SMKATJ sepanjang program tersebut.Berikutan itu beberapa orang pelajar asrama daripada SMKATJ telah pergi ke SHAMS untuk tujuan yang sama dan tinggal di asrama SHAMS.

Dalam masa yang sama sekolah kita juga didatangi oleh enam orang pelajar dari Sawahlunto,Sumatera Barat,Indonesia.Mereka terdiri daripada tiga lelaki dan tiga perempuan.Mereka juga telah menetap di asrama SMKATJ.Program ini telah dianjurkan oleh pihak Homestay Teluk Ketapang dan telah memilih Sekolah Menengah Kebangsaan agama Tok Jiring sebagai salah sebuah sekolah untuk dilawati.Program ini juga mempunyai objektif yang sama seperti  pertukaran pelajar
dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Abdul Malik.Pelajar ini hanya menetap di sekolah ini dari !5/04/2012(Ahad)-18/04/2012(Rabu).

Pelajar dari Sawahlunto telah sampai ke SMKATJ kira-kira dalam pukul 11.00 pagi.Mereka telah disambut oleh
beberapa orang Majlis Perwakilan Pelajar dan guru dan diiringi dengan
paluan kompang.Mereka telah diberi ditempatkan di kelas 4 Al-Imran dan 4An-Nur.Pada 17 April suatu majlis perpisahan telah diadakan di Dewan Abbas SMKATJ bagi meraikan pelajar dari Sawahlunto.




Keesokannya mereka telah dipaggil ke hadapan untuk menceritakan pengalaman
sepanjang berada di SMKATJ dan perasaan mereka.Alhamdulillah mereka berasa seronok dan memuji kehebatan pelajar SMKATJ.

Syabas SMKATJ!

Semoga pada masa hadapan pelajar dari negara lain
akan turut memilih SMKATJ sebagai sekolah pilihan
untuk program pertukaran pelajar antarabangsa .

13 April 2012

VIDEO : Speech Choir 2011


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

11 April 2012

VIDEO : Johan Pidato BM Antarabangsa Piala PM 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
berikut merupakan  video Johan Pidato Bahasa Melayu Antarabangsa Piala Perdana Menteri 2012...



10 April 2012

Link ke VIDEO Pertandingan Akhir Pidato

Berita 10 April 09: * Pertandingan Akhir Pidato Piala DiRaja ke 26 2008. Dari Laman Web=http://eduwebtv.com/v2/video/?id=1234174457236251

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates