Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

30 March 2012

Pelancaran Program Nilam 2012


Assa lamualaikum dan salam sejahteraPada 27 Mac 2012 yang lalu Program Nilam bagi sesi 2012 telah dilancarkan dengan jayanya.
Berikut merupakan gambar-gambar yang telah berjaya diambil.


















28 March 2012

Keputusan SPM 2011


Assalamualaikum dan salam sejahtera, pada 21 Mac 2012 yang lalu, keputusan SPM telah diumumkan.
Seramai 24 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring telah mendapat Straight A. Tahniah diucapkan.

Berikut adalah gambar-gambar peristiwa 21 Mac 2012 yang lalu
















 Semoga semua bekas pelajar sekolah yang telah melepasi SPM akan meneruskan perjuangan mereka. Masih ada banyak lagi peluang untuk terus mara ke hadapan. Pihak sekolah juga berharap agar pelajar-pelajar tingkatan lima tahun 2012 ini akan lebih bersemangat untuk mencapai straight A seperti senior-senior mereka.


Nota : analisis SPM 2011 akan kami paparkan di sini nanti , insya-Allah

22 March 2012

Pertandingan Bahas Bahasa Melayu ala-Parlimen peringkat KTU

Pada 20 dan 22 Mac yang lalu, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring telah menjadi tuan rumah bagi pertandingan bahas ala parlimen sekolah-sekolah menengah daerah Kuala Terengganu Utara.
Alhamdulillah, pertandingan tersebut berjalan dengan lancar sekali. Sebanyak 14 buah sekolah yang telah menghantar wakil untuk pertandingan tersebut namun begitu, ada sebuah sekolah yang tidak dapat melaporkan diri ke pertandingan tersebut yang menyebabkan pihak lawan menang tanpa bertanding dan membawa mereka ke pusingan suku akhir. 









SMKA Tok Jiring, SMK Ibrahim Fikri, SMKK Mengabang Telipot, dan SM Tengku Mizan Zainal Abidin berjaya mara ke pusingan separuh akhir.




SMKA Tok Jirng yang menjadi pihak kerajaan dan SM Tengku Mizan Zainal Abidin yang menjadi pihak pembangkang  pula berjaya mara ke pusingan akhir. 

Sekolah yang manakah yang bakal mewakili daerah Kuala Terengganu Utara ke peringkat pertandingan yang seterusnya? Soalan terjawab apabila usul yang diutarakan ditolak oleh hakim-hakim pertandingan. Dengan ini, SM Tengku Mizan Zainal Abidin akan mewakili daerah KTU untuk pertandingan yang seterusnya. Semoga berjaya. Kepada yang kurang bernasib baik diharap mencuba lagi pada masa hadapan. Kekurangan yang kita buat pada masa sekarang akan menyuntik semangat untuk mencuba dengan yang terbaik pada masa hadapan, insya-Allah.

Semoga, pelajar-pelajar lain juga akan bermotivasi dengan berlangsungnya pertandingan bahas ini, insya-Allah.

Wassalam

13 March 2012

Majlis Kecemerlangan dan PIBG

   Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Pada hari khamis yang lalu iaitu 08 Mac 2012, satu majlis gilang-gemilang telah berlangsung dengan jayanya. Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Mesyuarat PIBG merupakan majlis tahunan SMKA TJ. Pada kali ini, majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Puad Zarkashi. Antara objektif majlis ini dijalankan adalah untuk meraikan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam PMR 2011 seterusnya  merapatkan hubungan antara warga sekolah dan ibu bapa.

   Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Puad Zarkashi telah tiba pada pukul 10.30 pagi bersama tetamu-tetamu kehormat yang lain. Ketibaan Datuk Dr Puad Zarkashi disambut meriah oleh warga sekolah SMKATJ. 


Ketibaan YB Datuk Dr Puad Zarkashi



Para hadirin berdiri semasa menyanyikan lagu Negaraku



Selain itu, majlis ini juga dimeriahkan lagi dengan pameran-pameran yang telah disediakan oleh warga sekolah. Pameran ini telah disediakan hasil kerjasama antara guru dan pelajar sekolah serta agensi-agensi swasta mahupun kerajaan. 



Pameran  Bidang Bahasa





Pameran Kelab Robotik


Jualan buku




            Seramai 92 orang pelajar yang mendapat 9A dan 58 pelajar yang memproleh 8A

Barisan pelajar cemerlang







Alhamdulilah, majlis ini berlangsung dengan lancar dan meriah. Pihak sekolah menghargai kedatangan YB Datuk Dr Puad Zarkashi yang menerima jemputan untuk menghadiri ke majlis tersebut. Di samping itu, pihak sekolah juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga sekolah yang bertungkus-lumus menjayakan majlis ini.





























 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates