Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

28 March 2014

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN PERTAMA 2014
Latihan Dalam Perkhidmatan ( LADAP) pertama berlangsung di Dewan Abbas dari pukul 8.00 - 4.30 pada 29 Mac 2014.
Pengisian LADAP kali ini adalah FROG VLE oleh Puan Mazniza bt Mohamad dari SMKA Sheikh Abdul Malek.  Semoga guru-guru mendapat ilmu dan menggunakannya dalam PdP. Selain itu Pengetua juga turut mengisi satu slot yang bertajuk Konsep Penambahbaikan PBS.
Selamat berkursus.

11 March 2014

MAKLUMAN NAMA BARU

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring telah mendapat nama baru sempena nama pengasas sekolah ini iaitu Tok Guru Haji Abbas.
Nama baru SMKA Tok Jiring  ialah SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA DATO' HAJI ABBAS berkuatkuasa 11 Februari 2014.
Semua urusan dan surat menyurat kini menggunakan  nama baru iaitu SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA DATO' HAJI ABBAS, KAMPUNG TOK JIRING, 21060 KUALA TERENGGANU.


10 March 2014

LAWATAN PENASIHAT SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN DAN ROMBONGAN

        Penasihat Sekolah Kluster Kecemerlangan iaitu Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad dan rombongan telah mengadakan lawatan rasmi ke SMKA Dato' Haji Abbas pada 11 Mac 2014. Ketibaan beliau telah disambut oleh barisan Pengurusan Sekolah, para guru dan para pelajar pada pukul 9.30 pagi. 
        Setibanya ke SMKA Dato' Haji Abbas Tan Sri dan rombongan telah dibawa ke Dewan Abbas untuk menyaksikan persembahan pelajar iaitu nasyid, dikir Arab dan bacaan Al-Quran. Selepas menyaksikan persembahan pelajar berkenaan, beliau dibawa ke Bilik Kebitaraan Sekolah iaitu Bilik Bahasa Arab seterusnya Tan Sri dibawa ke Pusat Sumber Sekolah. Rombongan lawatan rasmi tersebut dibawa ke Bilik Kebitaraan Sukan Sekolah iaitu Bilik Catur sebelum dibawa ke Bilik Syura untuk sesi taklimat dan soal jawab. Rombongan meninggalkan sekolah lebih kurang jam 1.00 tengahari.
        Terima Kasih kepada Tan Sri dan rombongan menjenguk warga sekolah di sini. Semoga lawatan ini dapat memberi motivasi kepada semua guru dan pelajar untuk menjadi lebih cemerlang dan mencapai hasrat menjadi Sekolah Berprestasi Tinggi.







06 March 2014

PELANCARAN NILAM 2014

Pelancaran Program NILAM Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring telah berlangsung pada hari Rabu, 5 Mac 2014. Pelancaran NILAM pada tahun ini dilakukan oleh Penolong Kanan Pentadbiran iaitu Encik Awang bin Abdullah @ Sulong.
Encik Awang telah menyampaikan ucapan perasmian dan memotong riben pelancaran.  Seterusnya beliau menyampaikan hadiah NILAM  bagi tahun 2013.
Semoga dengan pelancaran ini akan lebih menyemarakkan Program NILAM pada tahun 2014 ini. Apatah lagi Pengetua telah mengumumkan bahawa NILAM akan turut dimasukkan dalam SUMUR. Guru mentor SUMUR akan menandatangani rekod NILAM mentee.  Secara tidak langsung guru mentee bertanggungjawab memastikan semua pelajar  mempunyai rekod catatan NILAM.
Acara diteruskan dengan Bicara buku oleh 2 orang  pengawas PSS iaitu Amir Nashrullah dan Muhammad Ikram berlangsung.   Menarik buku itu.  Di Balik Tabir Kematian.  Jom membaca...










 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates