Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

07 March 2015

PENGUMUMAN KEPUTUSAN SPM 2014

Keputusan SPM telah diumumkan pada 3 Mac 2015.  Bagi SMKA Dato' Haji Abbas keputusan telah diumumkan di Dewan Abbas.  Seramai 10 orang pelajar telah mencapai keputusan 11 A  dengan 2 orang pelajar mencapai keputusan terbaik iaitu 10 A+ dan 1 A .
        Alhamdulillah SMKA Dato' Haji Abbas menduduki tempat ke-13 dalam negeri Terengganu. Tahniah semua pelajar dan guru. Semua usaha semua pihak terus diberkati.  Kepada semua pelajar semoga terus berjaya di dunia dan akhirat.

PERTANDINGAN BAHAS ALA PARLIMEN PERINGKAT DAERAH

       Pertandingan Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu Daerah Kuala Terengganu Utara bagi tahun 2015  telah berlangsung di SMKA Dato' Haji Abbas, pada hari Rabu. 25 Februari 2015.   SMKA Dato' Haji Abbas telah berjaya memenangi pertandingan tersebut.  Sehubungan itu SMKA Dato' Haji Abbas akan mewakili Daerah KTU untuk  Pertandingan Bahas Ala Parlimen Peringkat Negeri pada tarikh yang akan dimaklumkan.  Sekalung tahniah buat pasukan bahas.  Semoga kejayaan diraih di peringkat negeri nanti. Teruskan perjuangan...




KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME KEGURUAN SIRI 3

           LADAP SIRI 3 2015 SMKA Dato' Haji Abbas telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Abbas pada hari Sabtu bersamaan 28 Februari 2015.  LADAP kali ke-3 tahun 2015 yang bertajuk Membudayakan PLC atau Professional Learning Community  di sekolah dan Pembelajaran Abad 21 berlangsung dari pukul 8.30 pagi hingga 1.00 petang.
           Ceramah telah disampaikan oleh Puan Raimah bt Rani dan Puan Mariana bt Mohd Ariffin yang merupakan Pegawai SISC + Matematik Daerah Kuala Terengganu.

           





KENAIKAN PANGKAT DAN PERTUKARAN PENOLONG KANAN

             Penolong Kanan Pentadbiran SMKA Dato' Haji Abbas, Yang Berbahagia Encik Awang bin Abdullah @ Sulong telah dinaikkan pangkat menjadi Pengetua bagi Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman.  Sehubungan dengan itu,  satu majlis khas iaitu majlis perpisahan telah diadakan di Dewan Abbas SMKA Dato' Haji Abbas .  Selepas itu majlis tersebut Penolong Kanan HEM, Encik Rosli bin Abd. Rahman, Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Ramli bin Ijon dan beberapa orang guru lelaki telah menghantar beliau ke Imtiaz Kemaman dengan menggunakan Van Sekolah.
            Di Imtiaz Kemaman rombongan telah disambut dengan meriah. Satu majlis khas menyambut pengetua baru juga diadakan di Dewan Imtiaz Kemaman .Kami warga SMKA Dato' Haji Abbas berasa sangat kehilangan Penolong Kanan Pentadbiran yang berwibawa.  Semoga Ustaz Awang akan terus berjaya menerajui dan memimpin anak bangsa menjadi insan yang terbilang dan berjaya di dunia dan di akhirat.




LADAP 2, 2015

Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan Siri 2 Tahun 2015 yang bertajuk "Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) telah diadakan pada hari Rabu bersamaan 11 Februari 2015 . Kursus ini bermula pada pukul 2.30 petang dan berakhir pada pukul 5.00 petang.
Kursus ini disampaikan oleh Encik Johari bin Ambak, pegawai SIP+ .  Kursus ini diadakan di Bilik Syura.

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN KALI PERTAMA TAHUN 2015

        SMKA Dato' Haji Abbas telah mengadakan Latihan Dalam Perkhidmatan kali pertama pada 24 Januari 2015.  LADAP ini bermula pukul 8.30 pagi dan tamat pada pukul 3.30 petang. LADAP pertama ini dirasmikan oleh Ustaz Wan Said bin Wan Salleh, Ketua Sektor  Pendidikan Islam. JPN Terengganu.
        Slot berikutnya diisi oleh Dr Fauziah  , pensyarah Institut Perguruan Dato', Razali.  Tajuk yang disampaikan ialah Inovasi.
        Slot sebelah petang diisi dengan bengkel Kajian Tindakan dan Inovasi yang dikendalikan oleh Guru Cemerlang, cikgu Harun bin Mohamad dan cikgu Aziz bin Ibrahim. Alhamdulillah LADAP kali pertama berjalan lancar.



MAJLIS PERSARAAN

SMKADHA telah mengadakan Majlis Khas sempena persaraan seorang guru dan dua orang pekerja pada awal tahun 2015 ini.  Guru yang dimaksudkan merupakan guru yang telah berjasa dan mendidik para pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu cikgu TAHARAH BT ABD. HAMID. Sementara pekerja pula ialah encik Wan Ahmad bin Wan Setapa dan Encik Daraman bin Muda.  Majlis ini telah berlangsung pada 21 Januari 2015 bertempat di Dewan Abbas.  Majlis bermula pada jam 11.30 pagi.  Semua pelajar dan guru merasakan majlis kurang berseri kerana dua orang daripada yang diraikan iaitu cikgu Taharah dan En. Wan Ahmad tidak dapat hadir.
Semua warga SMKADA mendoakan agar cikgu Taharah , En, Wan Ahmad dan En. Daraman mendapat keberkatan dan dirahmati sepanjang menjalani kehidupan selepas persaraan.  Terima kasih cikgu...

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates