Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

24 February 2012

Watikah Pelantikan Pemimpin Pelajar 2012


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia

        Pada 19 Februari 2012, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring telah menganjurkan Hari Watikah Pelantikan Pemimpin-Pemimpin Pelajar bagi sesi 2012.  Program ini telah bermula pada tepat pukul 8 pagi dan diadakan di Dewan Darul Abbas. Program ini diadakan bagi mengiktiraf pemimpin-pemimpin pelajar dan seterusnya  melaksanakan amanah yang telah diberi dengan sebaik mungkin. Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Polis Terengganu iaitu YB Dato’ Jamshah Mustapa.
         Tentatif ini bermula dengan pemeriksaan perbarisan pemipin-pemimpin pelajar oleh Ketua Polis Terengganu dengan diiringi dua orang pemimpin pelajar.

Pemeriksaan Barisan Pemipin Pelajar




   Watikah Pelantikan telah disampaikan oleh Ketua Polis Negeri Terrengganu dengan diringi Tuan Pengetua serta Guru-guru Penolong Kanan kepada barisan pemimpin pelajar. seramai 230 orang pemimpin pelajar telah menerima pelantikan tersebut. 




Barisan Pengawas Pusat Sumber 2012


Program ini  berakhir pada pukul 10 pagi. Pihak sekolah berharap pemimpin-pemimpin pelajar dapat menjalankan amanah yang telah diberi dengan sebaik mungkin serta menjadi contoh tauladan kepada pelajar-pelajar lain. 
 Sekian, wasalam.

23 February 2012

Peristiwa 8 FEB : Maulidur Rasul & Majlis Perpisahan Guru-Guru yang Bertukar

      Pada 8 Februari 2012 bersamaan 15 Rabiul awal 1433 Hijrah, pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok jiring telah mengadakan majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah bagi tahun 2012. Sambutan ini telah disertai pelajar-pelajar sekolah dan guru-guru serta staf-staf sokongan . Pada tahun ini pelajar-pelajar diarahkan untuk berarak di sekeliling Kampung Tok Jiring 

Antara gambar yang berjaya diambil ketika berlangsungya Malis Maulidur Rasul tahun 1433 H.








Ceramah sempena Maulidur Rasul telah disampaikan oleh Dr Madya Dr Basri b Ibrahim daripada Jabatan Syariah Fakulti Kontemporari Islam UniSZA mengenai topik kaitan Hari Maulidur Rasul dengan kehidupn pelajar. Antara input penting yang terdapat dalam ceramah tersebut ialah kecintaan kita terhadap Rasul hendaklah mengatasi kecintaan kita terhadap diri sendiri, ibu bapa dan anak-anak.


Seterusnya ialah majlis perpisahan guru-guru yang bertukar turut berlangsung dengan jayanya pada hari tersebut. Guru-guru yang bertukar tersebut masing-masing memberikan ucapan kepada warga SMKA Tok Jiring. Terima kasih cikgu kerana telah memberikan kami ilmu sepanjang berada di bumi wakaf ini. Shukron.


Dngan berakhirrnya majlis perpisahan guru-guru yang bertukar ini maka berakhirlah detik-detik persekolahan pada tanggal 8 Februari. Sekian sahaja daripada kami, wassalam.

09 February 2012

Perjuangan dalam barisan

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Surah As-saff ; ayat 1-5,  (ahadees.com)
As-saff bermaksud barisan. Dalam konteks ini, As-saff membawa maksud orang yang berjuang dalam barisan. Surah ini menceritakan tentang perjuangan rasul-rasul. Sekiranya kita menghayati surah ini dengan ikhlas, dengan izin Allah, akan menaikkan semangat kita untuk berjuang. Berjuang pula merupakan satu perkara yang membawa maksud yang luas. Sesungguhnya, umat islam hendaklah berjuang fi sabilillah. Berjuang tidak semestinya berperang di medan perang. Perjuangan ini juga boleh dimaksudkan dengan perjuangan seorang pelajar dalam menuntut ilmu. Perjuangan yang paling besar ialah perjuangan melawan nafsu.

Maksud ayat 1

Ayat ini membawa maksud kepada pengukuhan akidah. Sesungguhnya semua yang berada di di langit dan di bumi  bertasbih kepada Allah. Oleh itu, manusia yang merupakan makhluk istimewa yang telah dikurniakan akal fikiran, hendaklah memikirkan kejadian ini. Kita semua hendaklah sentiasa bertasbih kepada Allah yang maha Pencipta. Ucaplah perkataan memuji Allah, bukannya menyebut perkataan seperti orang-orang barat yang bukan islam yang selalu sebut apabila berlaku sesuatu yang mengejutkan dan sebagainya. Sebagai contoh, apabila kita menerima berita sesuatu yang mengejutkan, sebutlah "Lailahailallah", bukannya "damn it" atau sebagainya yang tak sepatutnya disebut. Janganlah anda terpengaruh dengan budaya-budaya kuning sebagaiman yang ditunjukkan dalam filem-filem barat.

Maksud ayat ke 2 dan ke 3

Ayat ini dituju kepada para pejuang. Perjuangan bukanlah hanya perlu dipertanggungjawabkan kepada para ulama dan ustaz dan ustazah sahaja, bahkan kepada setiap individu muslim yang mengucapkan "lailahaillallah". Selain itu, Allah juga sangat membenci orang yang bercakap tidak serupa bikin. Sebelum kita menasihati seseorang itu, hendaklah kita melihat diri kita dahulu. Tapi, konsep ini hendaklah jangan kita salah faham. Tengok diri kita dahulu tak bermakna kita tidak perlu menegur dan menasihati orang lain yang terang-terangan melakukan kemungkaran. Di samping kita menegur orang tersebut, kita juga boleh memperbaiki diri kita.

Maksud ayat 4

Allah berfirman  bahawa Allah cinta akan orang yang berjuang dalam barisan yang teratur. Maksud yang teratur juga ialah berjuang dalam kumpulan atau jemaah. Setiap ahli jemaah hendaklah saling melengkapi antara satu sama lain.

Maksud ayat 5

Allah berfirman tentang nabi Musa yang telah disakiti oleh kaumnya.  Mereka berpaling daripada ajaran nabi Musa. Sesungguhnya, Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang fasik.

Wallahua'lam. Sesungguhnya apa yang baik itu datang daripada Allah, yang buruk itu juga daripada Allah, tetapi disandarkan kepada kita. Semoga kita dapat mengambil pengajaran daripada tazkirah ini.
Wassalam. Ma'assalamah.

Disampaikan oleh Mohd Faiz dan Adam ( MT Pusat Sumber SMKATJ ).

perjuangan mereka menegakkan islam
p/s : sekiranya ada kesilapan, beritahulah kami, kami juga merupakan manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan

06 February 2012

Latest English Novels

Resensi Buku :

Berikut merupakan buku yang baru sahaja tiba di Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring. novel-novel ini merupakan sumbangan daripada Scholastic. Terdapat 50 buah novel bahasa inggeris yang sedang dipamerkan di pusat sumber SMKATJ. Anda boleh mula meminjam novel-novel ini setelah dua minggu novel ini dipamerkan.


Berikut adalah contoh novel-novel Bahasa Inggeris yang boleh dipinjam di pusat sumber :







Untuk pengetahuan anda,  pinjaman buku-buku tersebut sudah bermula sejak 29 Januari yang lalu. Sesiapa yang berminat boleh datang untuk meminjam. Terima kasih.


 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates