Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

25 June 2012

Persaraan Cikgu Harun

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pada 1 Jun 2012 yang lalu, Encik Harun bin Hasan atau lebih dikenali sebagai Cikgu Harun telah pun bersara daripada kerjayanya sebagai pendidik. Berikutan perkara tersebut, pihak pengurusan SMKA Tok Jiring telah mengadakan majlis persaraan beliau pada 24 Mei 2012 yang lepas. 



Berikut ialah gambar - gambar yang sempat diambil semasa majlis sedang berlangsung.





Selama beliau bertugas di sekolah ini, sudah banyak jasa-jasa yang beliau taburkan untuk anak didik beliau. Beliau merupakan guru bagi subjek matematik yang kebiasaannya menjadi subjek kritikal bagi kebanyakan pelajar.  Namun begitu, dengan berkat usaha beliau dalam mendidik, para pelajar dapat memahami formula-formula yang diajarkan kepada mereka. Terima kasih cikgu. 
Sudah tentunya para pelajar yang menjadi anak muridnya yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar PMR merasakan sedikit kehilangan apabila beliau tidak lagi mengajar mereka. Walaubagaimanapun, sudah tentunya mereka akan terus berusaha sedaya upaya supaya pada suatu hari nanti cikgu Harun sendiri boleh melihat kejayaan anak-anak didiknya. Insya-Allah.


Terima kasih cikgu Harun. Jasamu....akan kami kenang.

18 June 2012

Sambutan Hari Guru SMKATJ 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Guru-guru telah banyak menyumbangkan jasa kepada kita. Guru juga diibaratkan lilin. Jika tiadanya lilin dalam kegelapan, sudah tentunya kita akan terkapai-kapai mencari sesuatu untuk berpaut dan kita tidak akan dapat melihat apa yang ada di belakang dan yang paling penting apa yang ada di depan. Begitu juga apabila ketiadaan guru untuk mendidik kita. Mari kita kembali ke masa yang lampau dahulu, semasa kita mula-mula belajar A B C, 1 2 3, dan alif ba ta. Tanpa guru pada waktu itu, adakah kita boleh membuat karangan penuh dua muka surat, mengira persamaan serentak dengan betul dan mengaji Al-Quran dengan tajwid yang betul pada masa sekarang ini? Sememangnya, asas-asas pembelajaran itulah yang menjadi akar ilmu pengetahuan dalam diri kita. Oleh itu, marilah kita menghadiahkan doa kepada guru-guru yang mengajar kita pada waktu itu kerana doa yang ikhlas itu merupakan hadiah yang terbesar buat mereka walaupun kita tidak nampak secara zahir.


Kembali kepada tajuk kita pada kali ini ; Sambutan Hari Guru SMKATJ 2012. 
Pada 16 Mei yang lalu, sambutan hari guru peringkat kebangsaan telah diadakan. Kebanyakan sekolah di Malaysia mengadakan sambutan ini dengan jayanya termasuk SMKA Tok Jiring.

Gimik majlis sambutan ini sudah tentunya membuatkan para pelajar bersorak dan bertepuk tangan. Majlis ini juga dimeriahkan lagi dengan beberapa permainan yang disediakan khas untuk guru-guru. Kalau selama ini kita mendengar guru-guru kita mengajar, saat ini, kita dapat melihat guru-guru kita bersuka ria dalam permainan-permainan yang disediakan.

Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat diambil pada hari guru tahun 2012 ini.

Beca yang digunakan untuk gimik majlis perasmian



Cikgu-cikgu kita nampaknya begitu bersemangat sekali.

pertandingan menganyam ketupat...wah


Wah, basikal tu! Bertuah Cikgu Nini kita ya.

Ucapan oleh ketua umum.
Persembahan sempena hari guru ini nampaknya mendapat sambutan yang begiu hangat sekali

Sekian sahaja pada kali ini...wassalam

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates