Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

24 January 2014

Maulid Rasulullah S.A.W 1435H


 
     Asalamualaikum W.B.T. Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana masih diberi peluang untuk menyambut Hari Kelahiran Nabi Muhammad SAW yang tercinta dan lagi dikasihi. Kelahiran baginda amat dinanti-nantikan umat Islam bagi meraikan Maulidur Rasul yang setiap tahun diadakan. Rasa rindu terhadap baginda sedikit terubat dengan selawat dan salam beramai-beramai oleh seluruh umat Islam.





 
   Pada 15 Januari 2014, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul yang bertemakan 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah'. Tentatif ini bermula dengan tahlil dan solat hajat yang disertai oleh semua warga SMKA Tok Jiring pada pukul 7.30 pagi hingga pukul 8.30 pagi di Musolla An-Naim. Seterusnya, perarakan Maulidur Rasul dijalankan pula di kawasan Kg. Tok Jiring dengan pimpinan selawat oleh pelajar lelaki SMKATJ. Pelajar-pelajar  SMKATJ dijamu hidangan oleh pihak sekolah setelah selesai perarakan.

   Semua warga SMKATj telah mengikuti  ceramah khas Maulidur Rasul di Dewan Abbas yang disampaikan oleh Professor Dr. Fadzil dari Fakulti Kontemporari Islam, Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin. Acara penyampaian hadiah diteruskan lagi oleh YM Hajah Engku Mariah Binti Syed Ahmad Al-Idrus, Tuan Pengetua SMKATJ kepada pemenang acara 'pembarisan terbaik' dan para penghafaz Al-Quran. Majlis diserikan lagi dengan persembahan zanji oleh para pelajar lelaki.

   Alhamdulilah majlis berjalan dengan lancar dan semoga Maulidur Rasul sentiasa kekal dalam hati dan ingatan bukannya kekal dalam atas kertas semata-mata pada setiap tahun. Asalamualaikum w.b.t.


05 January 2014

Selamat Tahun Baru 2014

Assalamualaikum .

Warga Pusat Sumber Sekolah ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru bagi sesi 2014 .
Semoga semua pelajar datang ke sekolah dengan azam yang baru dan penuh bersemangat untuk meneruskan pembelajaran bagi memenuhi cita-cita dan impian ibu bapa.

Sehubungan dengan itu kami ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada pelajar PMR 2013 kerana berjaya meraih kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran . Seramai 72 orang telah mendapat semua A dalam semua mata pelajaran manakala kesemua pelajar telah lulus 100% dalam semua mata pelajaran. Tahniah kami ucapkan .

Sesungguhnya, tahun 2013 telah banyak melakar sejarah kecemerlangan di SMKA Tok Jiring terutamanya apabila sekolah kita telah dianugerahkan gelaran Sekolah Kluster Kecemerlangan.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates