Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

24 February 2014

BICARA BUKU PUSAT SUMBER

Program Pusat Sumber pada tahun 2014 diteruskan dengan Promosi buku pertama dalam perhimpunan harian hari ini 25 Februari 2014.
Buku yang diperkenalkan berjudul 100 Jejak Peribadi Rasulullah. Dua orang pengawas Pusat Sumber tingkatan 5 iaitu Muhammad Ikram bin Zulkifli dan Mohd Amir Nashrullah bin Mohd Razib mempromosikan buku ini.  Buku ini mengandungi sunnah rasul yang patut kita contohi dan teladani selain daripada al Quran supaya hidup kita tidak tersesat selama-lamanya.



20 February 2014

Tazkirah

Tazkirah Buat Diri Insan Yang Sering Alpa dan Leka

Peluklah istiqamah pada saat dirimu kelelahan dalam perjalanan mencapai taqwa.
Bersandarlah pada tawaddu' pada saat kesombongan menyerang jiwamu.
Mintalah nasihat daripada Al Quran dan Sunnah permasalahan yang menimpamu.



18 February 2014

PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT DAERAH KUALA TERENGGANU, 2014

    Pertandingan NILAM Peringkat Daerah,  berlangsung  dari  17 - 19 Februari 2014.  Bagi peringkat KTU, pertandingan dijalankan pada 18-19 Februari 2014 di PKG Tok Jiring.  Giliran SMKA Tok adalah pada 19 Februari 2014.  Keputusan akan diumumkan pada minggu hadapan. Semoga wakil SMKA Tok Jiring iaitu:
1. Aliya Faezah bt Abdullah ( Kategori Bahasa Melayu)
2. Nurul-Hafizah Binti Che Muhammad Nor ( Kategori Bahasa Inggeris)










17 February 2014

WATIKAH PEMIMPIN PELAJAR 2014

     Majlis Watikah Pemimpin Pelajar 2014 telah berlangsung pada 16 Februari 2014 bertempat  di Dewan Abbas Sekolah Menengah Kebangsaan.  YB Hj Bazlan bin Abd. Rahman, ADUN Batu Rakit telah merasmikan dan menyampaikan watikah kepada pemimpin pelajar yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas Bilik Bos dan Ketua Kelas.
     Semoga semua pemimpin pelajar yang telah dilantik akan menjalankan tugas di bidang masing-masing dengan penuh rasa tanggungjawab dalam menggalas amanah semua pihak, berdedikasi dan  komitmen yang tinggi.

























 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates