Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

11 April 2011

Lawatan Ke Pameran Buku




Satu lawatan ke Pameran Buku DBP yang bertempat di dewan Sekolah Menengah Teknik Terengganu telah diadakan pada 10/04/2011 yang lalu. Lawatan tersebut terdiri daripada pengawas Pusat Sumber (tingkatan dua dan empat) dan diiringi oleh dua orang guru Pusat Sumber iaitu Puan Siti Hamedah dan Cik Rosilawati.





Lawatan tersebut bermula pada pukul 8.30 pagi dengan menaiki bas sekolah. Sememangnya perjalanan kami begitu singkat kerana jarak ke sekolah tersebut  lebih kurang 500 meter sahaja. Kami kembali semula ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring pada pukul 10.30 pagi.


Hasil lawatan tersebut, pihak Pusat Sumber Sekolah telah membeli beberapa buah buku ilmiah untuk dijadikan sebagai bahan bacaan di Pusat Sumber Sekolah.









Gambar oleh : Nor Ain Solehah Kamaruddin(4IK)

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates