Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

15 May 2011

Minggu Kokurikulum

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 24/04/2011 yang lalu, SMKA Tok Jiring telah mengadakan minggu kokurikulum. Sudah menjadi kebiasaan, pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan bagi memenuhi minggu tersebut.

Pada hari pertama, pertandingan yang diadakan ialah Reader's theater dan pertandingan Nasyid. Pertandingan Reader's theater yang diadakan di SMKATJ adalah buat kali pertama dan hanya disertai oleh pelajar muslimah sahaja manakala pelajar muslimin menyertai pertandingan nasyid.
Kedua-dua aktiviti ini mendapat sambutan yang agak menggalakkan. Semua kelas diharuskan menghantar pasukan mereka untuk kedua-kedua pertandingan ini.

Aktiviti pada hari kedua ialah pertandingan pidato yang diwakili oleh pelajar daripada setiap kelas. Video klip hasil kreatif pasukan yang mewakili setiap kelab dan persatuan juga dihantar pada hari tersebut.

Hari kemuncak bagi minggu kokurikulum ialah pada hari Selasa. Sekolah menjadi begitu meriah dengan pelbagai aktiviti yang dipertandingkan pada hari tersebut. Tambahan pula dengan adanya gerai-gerai jualan dan pameran di sepanjang laluan di tepi dewan dan di kawasan letak kereta. Pihak Pusat Sumber juga tidak ketinggalan dalam membuka gerai.









Antara aktiviti yang dipertandingkan pada hari Selasa ialah kawad kaki muslimin dan muslimat, pertandingan memasak, pertandingan membina model dan pertandingan gerai jualan.




 Pada sebelah petang, perasmian bagi minggu kokurikulum telah diadakan. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh pengetua SMKA Tok Jiring iaitu Puan Ungku Mariah, diikuti dengan persembahan oleh pasukan Coral Speaking sekolah. Kemudian, hadiah kepada para pemenang pertandingan yang dipertandingkan sepanjang minggu tersebut turut diadakan



 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates