Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

25 January 2013

              Pada 23 Januari 2013, semua pelajar dan guru SMKA Tok Jiring telah menyambut Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434 Maal Hijrah bagi peringkat sekolah. Majlis ini dimulai dengan solat hajat berjemaah, bacaan Surah Yasin dan tahlil di Surau An-Naim buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W bersempena hari keputeraan baginda.  Sejurus itu, para pelajar diminta berkumpul di hadapan pagar utama sekolah untuk memulakan perarakan dari SMKA Tok Jiring ke Masjid Wakaf Tembesu, Kuala Terengganu. Perarakan ini diiringi selawat buat junjungan oleh para pelajar SMKA Tok Jiring dan guru. Para pelajar telah selamat sampai ke destinasi serta dikawal rapi oleh guru-guru yang bertugas.


Guru-guru yang mengawal perarakan




              Setelah sampai ke destinasi, para pelajar dijamu makanan oleh guru-guru. Kemudian, para pelajar masuk ke dalam masjid bagi meneruskan majlis dengan acara-acara yang menarik. Aktiviti dimulakan dengan bacaan selawat dan qasidah oleh Kumpulan Zanji Sekolah. Majlis ini diteruskan lagi dengan ceramah oleh seorang pegawai Pejabat Agama Terengganu. Ceramah ini tentang riwayat hidup Rasulullah S.A.W dari kecil hinggan hujung nyawa.







             Di samping itu, pihak pengurusan sekolah telah menyampaikan hadiah buat pemenang-pemenang pertandingan yang dianjurkan. Antaranya termasuklah pertandingan kain rentang tercantik dan sebagainya. Selain itu, pemenang-pemenang hafazan Al-Quran telah menerima hadiah yang telah disampaikan oleh Puan Pengetua, YM Engku Mariah Binti Syed Ahmad Al-Idrus yang dianjurkan oleh pihak kerajaan negeri Terengganu

Majlis ini telah berjalan dengan lancar serta tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Majlis ini berakhir pada pukul 2 petang setelah solat zuhur berjemaah di Masjid Wakaf Tembesu.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates