Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

17 July 2011

Minggu Pusat Sumber

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Tanggal 17 hari bulan tujuh tahun 2011, rasminya satu minggu yang penuh bermanfaat untuk para pelajar SMKA Tok Jiring sekalian iaitu, Minggu Pusat Sumber. Majlis persamian pada pagi tadi berjalan dengan begitu lancar walaupun ada sedikit kelemahan. Terima kasih kepada semua yang terlibat. Majlis yang penuh bermakna ini dirasmikan oleh Pengetua SMKATJ, Puan Engku Mariah, diikuti pula dengan persembahan sajak dan resensi buku oleh Pengawas Pusat Sumber,  serta tayangan klip video sempena Minggu Pusat Sumber yang disediakan oleh Puan Rosidah. Sekali lagi ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Minggu ini juga menyediakan beberapa pertandingan untuk para pelajar iaitu:

  • Kuiz Pusat Sumber
  • Jejak Maklumat
  • Sudut bacaan
  • Mengira harga buku
  • Mengira tebal buku
  • Melukis poster
  • Mencipta Dialog
Diharapkan agar semua pelajar dapat mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut kecuali kepada pelajar tingkatan tiga dan lima. Semoga berjaya.

Sekian sahaja untuk hari ini,
Wassalam

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates