Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

06 July 2011

Rangkap-rangkap Inspirasi



Di seberang pantai kesedihan,
Di sana, ada satu senyuman,
Namun, sebelum kita 
dapat ke sana,
Adakah kita masih sedang menunggu sesuatu?


Dalam mengejar impian,

Tiada alasan untuk kita lari daripadanya
Marilah kita pergi ke hari-hari musim panas 
yang jauh nun disana

Seandainya kita menemuinya esok, 
Kita tak boleh mengeluh
Kerana seperti bot yang melawan arusnya, 
kita juga perlu terus berjalan 
berjalan maju ke hadapan

Di tempat yang dihausi kesedihan,
Di sana ada satu keajaiban yang sedang menunggu
Kita masih sedang mecari,
Bunga yang mekar pada hujung musim bunga
Iaitu, bunga matahari


Seorang pajlawan,

Sedang menunggu cahaya pagi,
Sebelum dapat dia mencengkam cahaya itu
Dengan kukunya yang sudah kemerahan,
Air matanya sudah pun berlinangan lalu jatuh ke pipinya.

Walaupun kita sudah biasa dibesarkan dalam kesunyian,
Walaupun kita hanya bergantung pada cahaya bulan,
Tetapi, marilah kita mara ke hadapan, 
hanya sedikit lagi langkah yang masih tinggal.

Pabila hujan mulai turun,
Laluan yang basah mula menghasilkan kilauannya,
Walaupun hanya kegelapan yang datang,
Cahaya yang terang, 
Cahaya yang terang pula yang datang 
membawa kita 
maju ke hadapan
ke hadapan....


By NadhrahHayati
Based on a motivational song; only human by K

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates