Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

09 February 2012

Perjuangan dalam barisan

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Surah As-saff ; ayat 1-5,  (ahadees.com)
As-saff bermaksud barisan. Dalam konteks ini, As-saff membawa maksud orang yang berjuang dalam barisan. Surah ini menceritakan tentang perjuangan rasul-rasul. Sekiranya kita menghayati surah ini dengan ikhlas, dengan izin Allah, akan menaikkan semangat kita untuk berjuang. Berjuang pula merupakan satu perkara yang membawa maksud yang luas. Sesungguhnya, umat islam hendaklah berjuang fi sabilillah. Berjuang tidak semestinya berperang di medan perang. Perjuangan ini juga boleh dimaksudkan dengan perjuangan seorang pelajar dalam menuntut ilmu. Perjuangan yang paling besar ialah perjuangan melawan nafsu.

Maksud ayat 1

Ayat ini membawa maksud kepada pengukuhan akidah. Sesungguhnya semua yang berada di di langit dan di bumi  bertasbih kepada Allah. Oleh itu, manusia yang merupakan makhluk istimewa yang telah dikurniakan akal fikiran, hendaklah memikirkan kejadian ini. Kita semua hendaklah sentiasa bertasbih kepada Allah yang maha Pencipta. Ucaplah perkataan memuji Allah, bukannya menyebut perkataan seperti orang-orang barat yang bukan islam yang selalu sebut apabila berlaku sesuatu yang mengejutkan dan sebagainya. Sebagai contoh, apabila kita menerima berita sesuatu yang mengejutkan, sebutlah "Lailahailallah", bukannya "damn it" atau sebagainya yang tak sepatutnya disebut. Janganlah anda terpengaruh dengan budaya-budaya kuning sebagaiman yang ditunjukkan dalam filem-filem barat.

Maksud ayat ke 2 dan ke 3

Ayat ini dituju kepada para pejuang. Perjuangan bukanlah hanya perlu dipertanggungjawabkan kepada para ulama dan ustaz dan ustazah sahaja, bahkan kepada setiap individu muslim yang mengucapkan "lailahaillallah". Selain itu, Allah juga sangat membenci orang yang bercakap tidak serupa bikin. Sebelum kita menasihati seseorang itu, hendaklah kita melihat diri kita dahulu. Tapi, konsep ini hendaklah jangan kita salah faham. Tengok diri kita dahulu tak bermakna kita tidak perlu menegur dan menasihati orang lain yang terang-terangan melakukan kemungkaran. Di samping kita menegur orang tersebut, kita juga boleh memperbaiki diri kita.

Maksud ayat 4

Allah berfirman  bahawa Allah cinta akan orang yang berjuang dalam barisan yang teratur. Maksud yang teratur juga ialah berjuang dalam kumpulan atau jemaah. Setiap ahli jemaah hendaklah saling melengkapi antara satu sama lain.

Maksud ayat 5

Allah berfirman tentang nabi Musa yang telah disakiti oleh kaumnya.  Mereka berpaling daripada ajaran nabi Musa. Sesungguhnya, Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang fasik.

Wallahua'lam. Sesungguhnya apa yang baik itu datang daripada Allah, yang buruk itu juga daripada Allah, tetapi disandarkan kepada kita. Semoga kita dapat mengambil pengajaran daripada tazkirah ini.
Wassalam. Ma'assalamah.

Disampaikan oleh Mohd Faiz dan Adam ( MT Pusat Sumber SMKATJ ).

perjuangan mereka menegakkan islam
p/s : sekiranya ada kesilapan, beritahulah kami, kami juga merupakan manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates