Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

27 December 2012

Gotong-royong Pusat Sumber Sekolah SMKATJ (Persediaan Tahun 2013)

      Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.Tahun 2012 kini kian melabuhkan tirai, tahun 2013 kian menghampiri. Memandangkan tahun 2013 merupakan tahun transformasi buat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiriing, Kuala Terengganu, Pengawas Pusat Sumber Sekolah bersama-sama guru penyelaras PSS telah mengambil inisiatif untuk mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan dan menceriakan lagi Pusat Sumber Sekolah pada 27 Disember 2012. 

      Aktiviti gotong-royomg tersebut bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada 12.00 tengah hari. Pelbagai perubahan baru telah dilakukan bagi menarik perhatian para pelajar untuk berkunjung ke pusat sumber sekolah selalu, antaranya buku-buku telah disusun dengan penuh rapi,karpet juga telah ditukar dengan yang baru dan menghias papan kenyataan. Bagi melancarkan urusan bagi tahun 2013, carta organisasi baru bagi majlis tertinggi PSS juga telah diubah dengan yang baru.

        Di samping itu, jadual bertugas pada tahun 2013 serta senarai PSS juga telah disiapkan. Sehubungan dengan itu jadual dan senarai tersebut akan ditampal pada papan kenyataan Pusat Sumber Sekolah, jadi para pengawas bolehlah menyemaknya pada hari pendaftaran sekolah iaitu pada 31 Disember 2012. Sekiranya terdapat masalah dengan jadual tersebut pengawas bolehlah berjumpa dengan guru penyelaras PSS untuk menukar hari bertugas.

        Sekian sahaja untuk info Pusat Sumber Sekolah bagi penghujung tahun 2012. Perkembangan seterusnya akan dikemaskini pada masa akan datang. Semoga tahun depan Pusat Sumber Sekolah menjadi destinasi utama bagi para pelajar SMKATJ dan para pengawas juga akan lebih bertanggungjawab dan komited dalam menjalankan tugas. 

      


 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates