Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

06 January 2015

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH BAGI SESI 2015

          Pusat Sumber SMKADHA mengucapkan selamat kembali ke sekolah bagi sesi 2015 pada 11 Januari ini.Semoga sesi persekolahan tahun 2015 menjanjikan keberkatan buat semua.  Semoga semua warga SMKADHA akan lebih bersemangat untuk menempatkan diri dalam kalangan mereka ditinggikan darjatnya oleh Allah sebagaimana maksud hadith :
Daripada Abu Darda,  bahawasanya beliau mendengar Rasulullah saw bersabda " Sesiapa yang berjalan semata-mata kerana ingin menuntut ilmu, Allah akan memudahkan jalannya untuk ke syurga. Sesungguhnya para malaikat melebarkan sayapnya kepada mereka yang menuntut ilmu kerana meredhai perkara yang dilakukannya. Sesungguhnya mereka yang mengajarkan kebaikan akan dimohonkan keampunan oleh makhluk yang ada di langit dan di bumi hingga ikan yang berada di dalam air. sesungguhnya para nabi tidak mewariskan dinar, tidak juga dirham, yang mereka wariskan hanyalah ilmu dan sesiapa yang menuntut ilmu  maka sesungguhnya dia telah mendapat bahagian yang paling banyak. (HSR : Imam Ahmad, Ibnu Majah dll)
Sabda Rasulullah juga yang bermaksud:
Ilmu itu adalah khazanah bagi orang Islam, maka jadilah antara 4 golongan majlis ilmu yang mendapat keredhaan dari Allah iaitu,
1. Orang yang belajar ilmu
2. Orang yang mengajar ilmu
3. Orang yang mendengar ilmu
4. Orang yang cinta orang yang berada dalam majlis ilmu
tetapi
Janganlah menjadi golongan yang kelima iaitu orang  benci kepada orang menuntut ilmu dan mengajar ilmu.

Marilah kita sama-sama melangkah kaki ke sekolah dengan Bismillah...serta niat menuntut dan mengajar ilmu kerana Allah.  Marilah kita merendahkan diri kepada kebenaran semoga kita sama-sama menjadi orang yang bertaqwa.  Saling hormat menghormati dan menunaikan amanah. Semoga Allah memberi kita kekuatan dan keikhlasan.

Kepada semua warga sekolah selamat datang ke Pusat Pumber kerana Pusat Sumber banyak ilmunya. Jelajahilah dan telusurilah dunia ilmu melalui buku-buku di Pusat Sumber atau di mana-mana sahaja. Selagi kita berusaha untuk mencari ilmu Allah akan memudahkan jalan kita ke Syurga.
Datang dengan matlamat pulang dengan manfaat, semoga ilmu menjadi berkat.

Wallahuaklam.

***********************PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH***********************

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates