Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

17 January 2015

TERIMA KASIH CIKGU, JASAMU TETAP DIKENANG

Tahun persekolahan 2015 yang bermula pada 11 Januari ini menyaksikan SMKA Dato' Haji Abbas kehilangan wajah-wajah guru yang banyak menabur jasa dan bakti mereka.  Guru-guru yang bersara, guru-guru yang memohon bertukar ke tempat lain dan guru-guru yang ditukarkan kerana telah berkhidmat lebih daripada 15 tahun telahpun melangkah pergi meninggalkan SMKA Dato' Haji Abbas ke tempat dan sekolah baru yang insya-Allah lebih baik.
Ucapan terima kasih cikgu kami ucapkan, semoga keikhlasan cikgu dalam menggalas amanah akan mendapat ganjaran besar di sisi Allah. Semoga Allah mengurniakan sesuatu yang indah dan lebih baik di tempat baru.










 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates