Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

16 April 2015

MAJLIS PERASMIAN PENAMAAN SMKA TOK JIRING KEPADA SMKA DATO' HAJI ABBAS

11 April 2015 merupakan hari yang penuh makna buat warga SMKA Dato' Haji Abbas kerana Majlis Perasmian Penamaan SMKA kepada SMKA Dato' Haji Abbas dan Majlis Apresiasi 2014 telah berlangsung dengan jayanya. Perasmian tersebut telah dilakukan oleh Menteri Pendidikan II, Dato' Seri Haji Idris bin Jusoh.
          Majlis bermula pada pukul 2.00 petang. dan tamat pada pukul 3.30 petang.Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu negaraku, bacaan doa dan alunan ayat-ayat suci al Quran. Kemudian Pengetua sekolah, YM Engku Mariah bt Syed Ahmad  Al Idrus telah menyampaikan ucapan alu-aluan dan diikuti oleh ucapan Timbalan Pengarah Pendidikan Terengganu, Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin.
         Seterusnya, Menteri Pendidikan II telah menyampaikan ucaptama majlis serta merasmikan majlis penamaan sekolah, majlis apresiasi pelajar serta ALUMNI  SMKADHA.
         Penukaran nama sekolah ini, iaitu daripada SMKA Tok Jiring kepada SMKA Dato' Haji Abbas adalah untuk memberi penghormatan kepada pengasasnya iaitu Tok Guru Haji Abbas yang telah mewakafkan tanah untuk sekolah ini.  Semoga segala pengorbanan Tok Guru mendapat ganjaran yang setimpal di sisi Allah swt.
         Dakam ucaptamanya, Menteri Pendidikan II berharap SMKA Dato' Haji Abbas akan berjaya mendidik para pelajar yang seimbang serta berjaya melahirkan pelajar yang hebat, pemimpin yang hebat serta berdaya saing.  Pelajar yang sanggup "turun padang" membantu orang yang susah serta memerlukan pertolongan.
         Beliau juga menerangkan bahawa Aspirasi Pendidikan Negara adalah untuk melahirkan pelajar yang hebat kemahiran sosialnya, hebat ilmu fizik, kimia, matematik,  biologinya serta hebat juga agamanya, usuluddinnya, Beliau juga pelajar sedemikian akan lahir bermula daripada dalam kandungan dan alam persekolahan. Oleh itu semua pihak mesti berganding bahu merealisasikan perkara tersebut.
         Beliau juga memaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan juga akan memperkenalkan CGPA Bersepadu atau 'integrated cgpa ' bagi memastikan pelajar atau pemimpin yang dilahirkan adalah mereka yang seimbang akadeemik dan kemahirannya.
         Beliau juga berharap ALUMNI akan memainkan peranan membantu pihak sekolah.  Malah beliau turut mencadangkan agar ALUMNI menubuhkan Tabung Wakaf  ALUMNI agar dana yang dikumpul mampu membantu sekolah dalam pelbagai aspek. Dato' Idris juga mencadangkan pihak sekolah turut menubuhkan Kelab Fotonik seperti di Imtiaz Pihak sekolah boleh memohon  bantuan pihak Yayasan Terengganu jika berminat.
        Terima kasih kepada Yang Berhormat Dato' Idris bin Jusoh. Semoga semuanya diberkati Allah.













       

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates