Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

03 April 2015

WATIKAH PEMIMPIN PELAJAR 2015

Assalamualaikum wbt. 
           Pada tarikh 30 Mac 2015 sekali lagi pihak sekolah memberi pengiktirafan kepada semua pemimpin pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Haji Abbas dengan mengadakan Majlis Watikah Pemimpin Pelajar 2015 di Dewan Abbas.  Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Timbalan Pengarah Pendidikan Terengganu iaitu Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin.
           Timbalan Pengarah telah menyampaikan watikah kepada lebih daripada 300 orang pelajar. Pemimpin pelajar yang terlibat ialah Pengawas Sekolah yang segak berbaju biru, Pengawas Pembimbing Rakan Sebaya  berbaju ungu, Pengawas Pusat Sumber yang berbaju kuning, Pengawas ICT ( Briged ICT)  berbaju hitam putih, Pengawas buku teks berbaju hijau, Pengawas koperasi berbaju merah jambu dan ketua tingkatan.
           Setibanya ke sekolah Tuan Timbalan Pengarah telah memeriksa barisan kawad yang melibatkan 30 orang pemimpin pelajar iaitu wakil dari setiap pasukan.  Kemudian beliau telah dibawa ke Dewan Abbas dengan diiringi salawat nabi oleh pasukan nasyid sekolah.  
           Dalam ucapan perasmiannya, beliau berharap agar para pelajar mampu mencontohi Sultan Muhammad Al Fateh dan pasukan tenteranya yang berjaya menakluki kota Constantinople.  Ciri-ciri kepimpinan seperti itu amat penting bagi menjayakan hasrat Kementerian iaitu mencapai 6 aspirasi pelajar dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM).
            Tahniah semua yang telah diiktiraf sebagai pemimpin dengan watikah yang diterima. Oleh itu para pemimpin pelajar hendaklah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan komitmen yang tinggi.  Jadikan Rasulullah saw dan para sahabat sebagai model. Wallahuaklam.
















 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates