Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

01 March 2012

Majlis Tilawah Al-Quran 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada 1 Mac 2012, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring telah mengadakan Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) yang sememangnya sentiasa diadakan pada setiap tahun. Majlis ini juga telah mempertandingkan beberapa pertandingan iaitu pertandingan syarahan agama, hafazan al-Quran, dan tilawah al-Quran. Pertandingan-pertandingan tersebut diadakan secara berasingan bagi pelajar putera dan puteri dan juga bagi pelajar SMA dan SMR. Selain itu, penyertaan diwajibkan kepada setiap kelas.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang pertandingan MTQ dijalankan :




Penjaga masa yang setia

Syarahan lelaki



Barisan pengadil yang terdiri daripada guru-guru lelaki

Barisan pengadil

Tilawah al-Quran






Hafazan perempuan SMA

Barisan pengadil
Alhamdulillah, program ini berjalan dengan lancar. Semoga melalui pertandingan-pertandingan tersebut, para peserta dapat meningkatkan lagi kualiti keperibadian masing-masing. Begitu juga dengan para pelajar yang tidak terlibat dalam pertandingan ini. Semoga, setiap pelajar di SMKATJ mampu melatih diri supaya menjadi insan yang berkualiti tinggi, sebagaimana yang tertulis pada misi dan visi sekolah. Sekian, wassalam.

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates