Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

13 March 2012

Majlis Kecemerlangan dan PIBG

   Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Pada hari khamis yang lalu iaitu 08 Mac 2012, satu majlis gilang-gemilang telah berlangsung dengan jayanya. Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Mesyuarat PIBG merupakan majlis tahunan SMKA TJ. Pada kali ini, majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Puad Zarkashi. Antara objektif majlis ini dijalankan adalah untuk meraikan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam PMR 2011 seterusnya  merapatkan hubungan antara warga sekolah dan ibu bapa.

   Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Puad Zarkashi telah tiba pada pukul 10.30 pagi bersama tetamu-tetamu kehormat yang lain. Ketibaan Datuk Dr Puad Zarkashi disambut meriah oleh warga sekolah SMKATJ. 


Ketibaan YB Datuk Dr Puad Zarkashi



Para hadirin berdiri semasa menyanyikan lagu Negaraku



Selain itu, majlis ini juga dimeriahkan lagi dengan pameran-pameran yang telah disediakan oleh warga sekolah. Pameran ini telah disediakan hasil kerjasama antara guru dan pelajar sekolah serta agensi-agensi swasta mahupun kerajaan. 



Pameran  Bidang Bahasa





Pameran Kelab Robotik


Jualan buku




            Seramai 92 orang pelajar yang mendapat 9A dan 58 pelajar yang memproleh 8A

Barisan pelajar cemerlang







Alhamdulilah, majlis ini berlangsung dengan lancar dan meriah. Pihak sekolah menghargai kedatangan YB Datuk Dr Puad Zarkashi yang menerima jemputan untuk menghadiri ke majlis tersebut. Di samping itu, pihak sekolah juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada warga sekolah yang bertungkus-lumus menjayakan majlis ini.





























 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates